Pages

Monday, October 17, 2011

kisah cinta










Cinta itu
Kadang-kadang mengembirakan
Kadang-kadang boleh membuatkan seseorang diawangan
Kadang-kadang suatu yang mengembirakan
Kadang-kadang sesuatu yang menenangkan

Cinta itu
Boleh membuatkan seseorang menangis kerananya
Boleh membuatkan seseorang itu lalai dengan kenikmatan cinta
Boleh membuatkan seseorang kehilangan diri-sendiri
Boleh membuatkan seseorang itu terus mengharapkan cinta

Cinta itu
Sesuatu yang menyakitkan
Sesuatu yang menyedihkan
Sesuatu yang menyeksakan perasaan
Sesuatu yang tidak pernah wujud
Adakah benar itu?
Anggapan semata-mata

Cinta itu
Lebih indah jika diberikan kepada ilahi
Lebih indah jika diberikan kepada Al-Quran dan Hadis
Lebih indah jika diberikan kepada ibu yang melahirkan kita
Lebih indah jika diberikan kepada bapa yang menjaga keselamatan kita selama dia hidup...

p/s:lebih sayangkan ibubapa,sebab masa kita demam,sakit nangis dan lapar diorang yang bagi,masa itu kita
     tiada teman lelaki..ibubapa dan ilahi lebih dari segalanya,..

~Intan Fazleen

Tuesday, October 11, 2011

Maafkan Shafina






      Shafina tersenyum dan leka memandang keindahan pantai dan ombak yang beralun seperti mengikut irama lagu yang sungguh indah alunannya,”cantik sungguh’’kata hati Shafina.Mata Shafina beralih pula melihat kanak-kanak dan ibubapa, seronok bermain dan bersantai di sini.Shafina terasa amat tenang berada disini,kalau boleh dia tidak mahu pulang ke kediamannya,kerana banyak permasalah dan desakkan keluarganya yang belum reda.

     Sedang Shafina leka merenung keindahan alam.Tiba-tiba dia terasa seakan-akan bahunya ciut oleh seseorang.Bagai nak tercabut jantung dia melihat Shafina melihat sahabatnya yang sekian lama menghilang.

“Yaaaayaaaa,aku rindu kau sesangat”jerit Shafina suaranya direndah takut didengari orang ramai,agak terharu dan gembira Shafina bila dapat bertemu kembali sahabatnya disini.

“Nanaaaa,aku pun rindu kat kau juga”senyum Yaya

“Mana kau menghilang selama ni??Aku ingat last kita jumpe masa sehari sebelum hari terakhir SPM’’soal Shafina dengan kehilangan kawannya yang hilang tanpa khabar berita sedikit pun.Shafina pergi mencari Yaya dirumahnya,tetapi agak malang sebab Yaya dan keluarganya telah berpindah balik ke kampung halamannya.Pabila sebulan berlalu Shafina mendapat pesanan ringkas dari Yaya,’’jangan risau,aku tak ada apa-apa”,bila dibalas pesanan ringkas itu ,tidak ada sebarang balasan mahupun jawapan,malahan kampung Yaya dia tidak tahu,agak berahsia kawannya seorang ini.Tiba-tiba hari ini dia ditakdirkan bertemu kembali dengan sahabatnya yang dirindui ini.Yaya hanya tersenyum dan berdiam diri,kerana dia sendiri tidak sangka bole bertemu dengan sahabatnya yang lama dia tidak bertemu rasa rindu memang ada,tapi dia belum bersedia untuk bertemu dengan Shafina,dia sendiri tak sangka akan bertemu dengan Shafina disini.Pada mula agak ragu-ragu nak menegur takut tersalah orang kerana Shafina nampak berbeza dari dulu,makin comel dan cantik.Dulu Shafina agak bertubuh sukar untuk orang mendekati dia,walaupun dia bukan seorang yang sombong,tapi kerana fizikal Shafina.Jikalau budak-budak sekolah tengok Shafina sekarang pasti terkejut dengan perubahan diri Shafina.

“Yaya jangan senyum macam kerang busuk pulak aku tanya betul-betul nih”

“Hahaha,pe pulak kerang busuk,aku wangi okey!!kau betul nak tahu hal sebenar??”

“Kalau kau nak bagitahu, mesti la nak”

“Baiklah”

“Cerite-cerita la”bersemangat Shafina hendak mendengarnya

“Mamaaaa”Shafina mengalihkan mata kearah budak kecil yang berlari kearah Yaya

“Ye sayang,kenapa?”

“Hehehe,Papa cari mama,papa cakap nak balik dah”terang Alif pada ibunya

“Okey sayang,nanti mama pergi sayang pergi kat papa dulu”terang Yaya pada anaknya

“Okey,mama”Alif berlari pergi menuju kearah Papa dan Neneknya berada.Shafina hanya memandang kosong kearah budak yang berlalu pergi.Shafina masih terpinga-pinga dengan kehadiran budak itu.

“Siapa budak tu Yaya?bila kau kahwin?”soal Shafina bertalu-talu

“Budak tu anak aku,”Yaya menjawap dengan muka tenang

“Shasha,nanti aku cerita kat kau semuanya.Lagipun aku kena pergi sekarang apa-apa aku hubungi kau”terang Yaya lagi.Mereka bertukar nombor telefon ,berpelukkan dan kedua-dua berlalu pergi menuju kearah masing-masing.

****

        “Assalamualaikum”sapa Shafina dari luar rumah

“Waalaikumsalam”balas Puan Safira,Shafira masuk rumah dan memeluk ibunya,Rindu juga pada ibunya yang ditinggalkan selama seminggu untuk menenangkan diri daripada bertemu dengan ayahnya Encik Azlan.Puan Safira amat merindui puteri keduanya,Nurul Shafina,adik kepada Nurul Shahirah.Kesian juga dengan nasib anaknya yang seorang ini,kerana perniagaan anaknya yang dijadikan mangsa suaminya.

“Macam mane ?seronok melancong?berjemur kat tepi pantai tu,gelap dah sikit ibu tengok Fina"

“Alah,ibu Fina pergi seminggu je tau,mane ada gelap,kurang cerah je sikit..hahaha!!”

“Sudah sudah pergi masuk mandi,solat..Nanti turun kita makan malam bersama,malam nanti kakak kamu datang”arah Puan Safira

“Okey bu,perintah mu akan ku turuti.”tersenyum Puan Safira dengan anak daranya seorang ini.

****

    “Hmm,macam mane bercuti?gembira tak?”soal Encik Azlan kepada Shafina.Sambil mereka sekeluarga menonton televisyen selepas makan malam.

“Macam biase je yah,pergi untuk tenangkan fikiran jek”balas Shafina

“Tenangkan fikirkan?apa maksud Fina”

“Tak ada apa-apa maksud pun”

“Fina,ayah bukan bermaksud nak paksa Fina”Encik Azlan dapat merasa yang anaknya masih terguris hati dengan perilakunya terhadap Shafina

“Tak pe lah ayah,dari Fina terus menganggur baik ayah kahwinkan Fina sajekan.Nanti tak payah Fina menyusahkan ayah lagi jage anak yang malas macam Fina ni kan?”perli Shafina kepada Encik Azlan

“Kau jangan nak perli aku Fina!!,aku lakukan ini semua untuk kebaikan kau dan untuk masa depan kau.Bukan suka-suka aku nak jodohkan kau dengan anak Datuk Shahlan tu”suara Encik Azlan makin meninggi,seolah-olah yang dilaku itu hanya menyeksa anaknya

“Ayah,Fina tahu apa yang ayah lakukan untuk kebaikan Fina.Tapi ayah tak tahukah yang ayah lakukan ini macam tak pernah ambil kesah tentang perasaan anak sendiri??”Shafina juga turut meninggikan suara,Puan Safira cuba untuk menenangkan Shafina.Takut sesuatu yang tidak diingin berlaku.

Shahirah tak mampu untuk berkata apa,sebab semua perintah ayahnya mesti dituruti,kadang-kadang ayahnya mudah dibawa berunding.Tetapi,Shahirah agak pelik kenapa ayahnya boleh menjodohkan dengan dia sendiri tidak mengetahui tentang keluarga Datuk Shahlan.”Adakah ini kerana ayah ingin memajukan perniagaannya?Adakah ayah lakukan untuk menjual anaknya?”bermacam-macam persoalan yang bermain di dalam fikiran Shahirah,dan kesian dengan nasib adiknya dengan apa yang akan berlaku dikemudian hari.

“Fina kau jangan nak jadi anak kurang ajar pulak”tegas ayahnya lagi

“Fina tak bermaksud nak kurang ajar,tapi Fina tak mahu berkahwin dengan Fina sediri tak kenal siapa dia!!”suara Shafina mula mereda sedikit

“Suatu hari nanti kau akan kenal jugak”

“Baiklah suatu hari nanti,dan suatu hari nanti Fina nak ayah tengok macam mana jadi anak ayah yang seorang ni,masih hidup atau hilang kat dunia ayah”

“Finaaaa!!apa yang kau merapu nih?haaaaa??”ayahnya mula nak berang

“Fina cakap je kan”

“Fina kau jangan nak cakap yang bukan-bukan,aku tak suka”

“Sama ada ayah suka atau tak suka,kenapa sebelum ayah jual Fina dengan entah siapa entah.Pernah ayah fikir yang ayah buat itu semua merapu?”Shafina mula meninggi lagi,Puan Safira cuba menenangkan Shafina ,tangan Shafina dipegang supaya jangan meninggikan suara lagi.

“Fina!!!”mata Encik Azlan mula kemerahan

“Apa yah?ayah rasa nak marah dengan apa yang Fina cakap?”

“Fina kau dah melampau!!”

“Siapa yang melampau?ayah ke Fina??”

“Kau diamm!!”

“Sampai bila nak suruh Fina diam?Fina ada perasan dan ingin meluahkan apa yang Fina rasa bila ayah buat Fina macam anak boneka,boleh dijual beli”

“Aku cakap diam,diamlahhhh!!”

“Kalau Fina diam sekali pun bolehkah ayah membatalkan perbuatan ayah tu?”

“Ohh!tu tak akan sesekali aku menarik balik dengan apa yang aku lakukan,keputusan aku muktamad,sama ada kau suka ke tidak,aku tak kesah”tegas Encik Azlan

“Ayahh!!kenapa ayah buat Fina macam ni?”suara Fina mula reda dan airmata Fina ingin menitis.

“Sudahlah ayah nak masuk tidur dulu”kata Encik Azlan dan berlalu dari ruang tamu.
Shafina rebah disitu dan menangis kerana perbuatan ayahnya.Puan Safira turut sama menitiskan air mata kerana bersimpati rayuan Shafina atau tangisan Shafina tidak mampu untuk meruntuhkan hati suaminya.Shahirah menatap sedih akan adiknya,Shahirah dan Shafina sememangnya agak rapat dari kecil,bagaikan kembar sahaja dua orang itu,tentang permasalahan ini Shahirah dikhabar oleh ibunya,kerana Shafina tidak mampu bercakap ketika itu,bagaimanakah reaksi adik lelaki bongsunya apabila dikhabarkan berita ini,Azli masih belajar diluar negara kerana ingin menjadi seorang doktor,jika dibandingkan kakak-kakaknya yang berminat untuk sambung belajar di universiti tempatan,bukan tidak mendapat tawaran untuk belajar di luar negara.Tetapi tidak berminat untuk menyambung pelajar di negara orang tidak mahu berjauhan dengan ayah dan ibu katanya.

****
   Masa berlalu dengan begitu cepat,tanpa sedar.Muhammad Shahril dan Nurul Shafina telah mengikatkan tali pertunangan mereka.Mereka tidak pernah bertemu muka,fikiran masing-masing bercelaru entah macam manalah pilihan ibubapa dia orang.

****

   Sebulan telah berlalu dengan begitu cepat.Shafina tersedu di dalam kamar yang dihiasi indah.Shafina ditemani oleh ibu dan kakaknya,ayah dan adiknya berada di luar kamar.
Dengan sekali lafaz Nurul Shafina Azlan sah menjadi isteri kepada Muhammad Shahril
Shahlan.Berdebar-debar bila Shafina nampak kaki suaminya mula melangkah ke kamarnya untuk menyarungkan cincin.Shahril menyarungkan cincin dapat merasa sejuknya tangan isterinya,dia tersenyum didalam hati kerana dapat merasa sejuknya tangan Sharina bila bergelar isteri.Di dalam hati Shahril dapat merasa yang Shafina belum bersedia untuk bergelar isteri kerana kucupan yang diberi begitu hambar.Di dalam hati Shahril siapa yang tahu.

****
   Shafina berasa ganjil sedikit berada dirumah mertuanya,tapi Shafina bersyukur dapat mertua yang tidak banyak kerenah.
   
  “Nasib aku pernah masak dengan ibu kat rumah.Kalau tak masak aku digorengkan dekat sini.huhu”,kata hati Shafina.Shafina diarahkan untuk memasak oleh mama Shahril merangkap mak mertua Shahfina.Datin Shima hanya ingin menguji pandai ke tidak menantu dia memasak,Datin Shima tidak kisah sama ada sedap atau tidak.Yang penting dia nak merasa masakan menantunya.

“Finaa.Macam mana masakan menantu mama nih?”tegur Datin Shima.Teguran Datin Shima mengejutkan Shafina yang sedang leka mengingati apa bahan-bahan yang perlu dimasukkan dalam periuk dihadapannya.

“Fina okey je mama,mama tunggu nak rasa je.heheh”

“Baguslah macam tu,Fina masak nanti boleh makan sama dengan papa dan Shah.”Shafina baru teringat yang dia berjanji dengan Yaya ingin berjumpa.

“Hurmm.Mamaa.Fina nak tanya mama sikit boleh?”,soal Shafina risau jikalau hajatnya ingin berjumpa dengan sahabatnya terbatal jika keluar tanpa izin.

“Ye,apa dia Fina?”Shafina amat bersyukur kerana ibu mertuenya seorang yang lemah lembut berbeza dengan suami dia yang suka bercakap kasar dengannya.

“Fina nak minta izin keluar jumpa kawan Sabtu ni,kalau boleh la”

“Eyh,kenapa Fina minta izin dengan mama.Kamu adalah isteri Shah,Fina kena minta izin dengan Shah jika nak keluar”,Datin Shima berbicara dengan baik,Shafina mengangguk tanda faham.

“Ermm…enak juga menantu papa masak.Kan mama?”,puji Datuk Shahlan,sambil Datina Shima hanya mengiya masakan kerana pada mulanya Datin Shima menganggap Shafina tidak tahu masak,rupanya dia hanya tersalah anggap akan sikap Shafina,Shafina memang agak kurang melakukan kerja rumah semasa di rumahnya dulu.Sebab itu Datin dan Datuk bercadang untuk menahan Shahlan dan Shafina berpindah untuk sementara waktu sekadar untuk menguji yang orang kelulusan universiti dapat melakukan kerja rumah atau tidak.Tetapi,anggapan terhadap Shafina salah belaka,dan Datin Shafina percaya yang Shafina mampu menjaga Shahril.Kerana dia dapat merasa yang Shahlan amat menyayangi Shafina tanpa pengetahuan Shafina sendiri.



“Mana ada enak,enak lagi masakan mama”,puji Shafina pula pada masakan Datin Shafina yang sememangnya sedap.Jika dibandingkan dengan masakan dia.Shafina perhatiakan suaminya yang sedang enak menjamu selera,tiada sepatah kata yang dikeluarkan,biasanya Shahril akan menegur atau menyakat dia pabila pulang ke rumah.
“Sedapkah masakan aku?”,pertanya itu hanya bermain di fikiran Shafina sahaja.

    Bila selesai mengemas meja.Shafina membancuhkan air untuk suaminya yang sedang membuat kerja yang agak banyaklah juga.Shahfina menterjah masuk ke bilik untuk bercakap dengan suaminya tentang temu janjinya dengan Yaya,dalam hati Shafina membaca doa agar permintaannya ditunaikan.Sebab sebelum ini Shafina pernah minta izin hendak keluar rumah untuk menghirup udara di pantai berdekatan tetapi dilarang bimbang sesuatu terjadi dengan Shafina alasan yang diberi oleh Shahril.Shafina agak tidak suka dengan alasan itu tapi Shafina terima sahaja kerana tak mahu derhaka,ibu dia berpesan jangan derhaka terhadap suami,dengar setiap nasihat dari seorang suami.

“Shah minum air ni,special saya buat ni tahu”,senyum Shafina sambil puji diri sendiri,Shahril menyambut tetapi agak pelik dengan isteri dia malam ini,pasti ada udang di sebalik mee meggi ni.

“Hurm…apa yang Nana nak ni?”,Shafina agak tidak suka dengan panggilan yang berikan oleh Shahril.Nana itu nama macam budak-budak,bila ditanya kenapa panggil Nana.
Shahril akan jawap”cute nama tu,macam Nana juga,abang suka panggil macam tu”,
Selepas Shafina sah menjadi isteri Shahril,Shahril mula ber’abang dengan dia,tetapi dia tetap dengan ber’awak dan ber’saya.

“Saya nak minta izin nak keluar dengan kawan saya.Kalau awak izinlah”

“Kawan?siapa kawan Nana?”

“Yaya,dia kawan satu sekolah saya dulu”

“Ooo.Yaya I see.”

“Erk?Awak kenal ke Yaya?”,agak pelik dengan reaksi Shahril yang tenang sahaja.

“Laaaa…bukan sayangkah cakap kat abang kawan sayang nama Yaya”,senyum Shahril sambil jawap dengan tenang.

“Ea?Nana cakap ea?”,tanpa sedar Shafina tersasul dengan membahasa diri dengan nama,hati kecil Shahril tersenyum dengan perkataan dari mulut manis isterinya.
Shahril teramat sayang akan isterinya,dari dulu sampai sekarang.

“Nana?”,Shahril soal Shafina.Shafina menutup mulutnya dengan tangannya kerana tersasul percakapan tadi.Merah padan muka Shafina,malu dengan reaksi spontan dia sekejap tadi.
“Hurm..silap tadi,awak izinkan tidak saya ni?”,soal Shafina lagi.

“Baiklah abang izinkan Shafina.Tapi ada syaratnya…”,tersenyum Shahril tengok reaksi isterinya bila dia tetapkan syarat untuk keluar rumah.

“Okey..Apa dia syaratnya yang ber-hormat tuan?”,soal Shafina dalam nada agak geram.

“Senang sahaja syarat abang.Syaratnya…jeng jeng jeng”,

“Ape pula jeng jeng.Saya tak jeng lah”,

“hahah..Sayang tak diberikan keluar lama sebelum pukul 5 petang seharusnya berada di rumah. Understand?”,Shafina tersenyum dan gembira bila di izinkan keluar rumah tanpa di sedari Shafina kucup pipi Shahril kerana permintaannya kali ini ditunaikan.Bulat mata Shahril dengan aksi spontan isterinya sekali lagi.Shafina juga terkejut dengan aksi dia sekejap tadi.Oleh kerana,terlampau malu untuk yang kali kedua Shafina terus membaringkan badan dan tidur.

“Terima kasih sayang”,Shahril tersengih dengan aksi isterinya itu.Shahril menyambung kerja yang tertangguh sekejap tadi.


****

   Shafina lantas tersenyum bila ternampak sahabatnya itu berada disatu sudut meja makan yang berhampiran dengan cermin dan di situ Shafina dan Yaya dapat melihat keindahan alam.Mereka suka akan keindahan yang satu itu,ia sungguh cantik.

  Shafina menuju ke arah Yaya yang sedang menanti.Yaya tersenyum,tetapi lain pula reaksi Shafina yang memuncungkan mulutnya.Dalam hati Yaya dapat merasakan ada sesuatu yang salah dilakukan.Dalam reaksi masam muka itu Shafina menitiskan setitik air mata yang gembira kerana sangkaan yang Yaya akan menghilangkan diri sekali lagi,Shafina sayang akan Yaya,walaupun mereka telah lama terpisah,hanya Yaya dapat menerima seadanya suatu masa dahulu.Tetapi Shafina agak terkilan kerana Yaya tidak datang pada majlis perkahwinan dia,Yaya cakap dia ada urusan penting dan perlu mengikut suaminya.

“Alah kawan aku seorang ni kenapa panjang muncung tu?”,sapa Yaya membuka kata.

“Kau la punye pasal”,balas Shafina yang masih masam mukanya.

“Pe sal aku pula?”,

“Kenapa kau tak datang masa aku kahwin?”,

“Aku cakap dah kan kat kau,janganlah marah-marah nanti cepat tua tahu”,

“Huuh..kau memang saja la tu nak pujuk aku,tak menjadinya.”,muncung Shafina masih belum hilang.

“Hahaha.macamlah..Aku belanja kau aiskrim nak?”,dalam hati Yaya tergelak, dengan perangai Shafina macam budak-budak,walaupun sudah boleh jadi emak orang.

“Haa..ada bagus juga tu,jap.Mana Afiq ea?ari-ari tu masa jumpa aku tak sempat nak tegur pun comel budak tu..heheh”,Shafina tersenyum sendiri kerana terkejut dengan kehadiran Afiq dulu.

“Ooo…dia tak mari,aku tinggal kat mak aku kejap,nak jumpa kau,takut nanti dibuat kacau pula tak larat aku dengan budak tu seorang.Baru kau sedar anak aku comel?well..Tengoklah siapa mama dia”,terang Yaya dan balas Yaya seakan memuji diri sendiri.

“Eceh perasaanlah kau nih..Ish ish ish..kesian dekat Afiq dapat mama yang perasan macam ni..hahaha”,gurau Shafina

“Kau nih macam-macamlah.Mari kita order dulu kan tak termakan terminum kita asyik sembang je”,Shafina hanya mengangguk setuju dengan jawapan Yaya.Mereka sempat melayan fikiran masing-masing sementara menunggu minuman yang dipesan sampai.

“Shasha..”tegur Yaya,agak pelik dengan rakannya hanya berdiam diri sahaja.

“Yup?”,

“Kau ada masalah ke sha?”

“Hurm..Ya kau tahu tak kat mana-mana nak pakai orang?aku nak cari kerjalah”,

“Eyh,kenapa pula nak cari kerja?”

“Aku bosan kat rumah,lagi pun aku nak juga cari pengalaman bekerja ni..hehe”

“Aku rasakan,tak payahlah kau kerja.Jaga laki kau lagi baik…hahaha”gurau Yaya.Yaya tahu mesti Shahril tak akan membenarkan Shafina bekerja.Yaya kenal sangat Shahril yang tidak suka isterinya bekerja,bila ditanya berpuluh-puluh alasan yang diberikan.

“Apa pula,aku betul-betul ni nak cari kerja”

“Aku nasihatkan kau,baik kau tanya suami kau dulu,dia setuju tidak kau bekerja.Kalau dia setuju kau kerja je dengan dia..hahah”gelak Yaya selamba

“Perghh,agak kurang suka aku dengan setiap patah baris ayat yang keluar dari mulut kau”bengang Shafina dengan Yaya yang menangkan suami dia.Macam dia kenal macam mana perangai suaminya yang suka membantah setiap perkara yang dilakukan salah di depan mata Shahril.

“Hahaha..relax lah kawan,aku gurau je.Lama tak gurau manja dengan kau”pujuk Yaya supaya kawannya tidak merajuk.Adoi sejak jadi bini orang kuat pula Shafina merajuk entah jampi apa yang Shahril beri dekat Shafina ini.
Sedang mereka leka berbual minum yang dipesan sudah sampai,Shafina lantas minum air teh’o limau yang dipesan kerana kurang puas hati dengan jawap yang diberikan oleh Yaya tadi.

“Kau memang,kenapa kau nak menangkan mamat alien tu sangat ea?”

“Oittt,mulut kau.Alien tu pun laki kau,kan jadi alien betul.Aku tak tahu”

“Ayakkk..Mulut aku tak makan samanlah..hehe…tak mahu aku laki aku jadi alien.Tarik balik.”

“Tahu takut”

“Bukan takut,bimbang je..hahah”

“Kau ada sahaja jawapan”

“Well well Shafina kan..haha.”

“Perasanlah kau”

“Apa-apa sahajalah.Yaya aku dah lama nak tanya kau ni”

“Tanya je,apa kau nak tanya”

“Kau jangan marah pula”

“Okey”

“Ehem.Afiq tu anak kau dengan suami kau ke?”

“Hurm..bukan,kau tahu tak Afiq tu umur 5tahun.Malah aku kahwin dengan Azif baru sahaja 3tahun”

“Erk?.Kenapa macam tu?Aku tak faham”

"Aku sebenarnya,telah terlanjur dan ini la jadinya.Keluar seorang budak tanpa bapak"

"Macam mana boleh jadi macam tu Ya?Habis,Afiq tu anak siapa?"

"Aku tak tahu..Aku tak tahu nak cerita macam mana kat kau,aku malu,malu sangat.Sebab itu,aku dan keluarga aku berpindah dan menetap di kampung,emak ayah aku tak mampu untuk menanggung malu dengan sikap aku yang terlanjur itu.Semasa emak dan arwah ayah aku tahu,dia diserang sakit jantung ,bila doktor suruh ayah aku tinggal di hospital dia tak mahu.Malah,dia mengajak aku dan emak aku tinggal di kampung ,kerana di kampung itu kami jarang pulang sejak nenek dan datuk aku meninggal,jadi semasa pindah ke sana.Orang kampung tidak mengetahui akan asal usul keluarga kami,nenek dan datuk belah ayahkan meninggal semasa ayah aku kecil lagi,dia orang tidak mengenali ayah aku,ayah aku pula masa itu tidak boleh berjalan banyak sebab sakit dia makin sakit dan akhirnya meninggal di tempat asal kelahirannya.Aku teramat menyesal dan bersyukur kerana mereka masih terima dan sayang aku,walaupun aku sakitkan hati mereka.Dan Afiq tu anak,lelaki yang tidak bertanggungjawap.Aku tak mahu menyebut nama dia,kerana aku benci akan dia."Yaya merasa bersalah dengan ibubapanya,kerana sanggup memalukan mereka.Pada mula memang emak dan ayahnya sukar untuk menerima dia,puas dia merayu dan akhirnya mereka menerima Yaya dengan seadanya kerana Yaya hanya satu-satunya anak yang dia orang ada.

"Okey...Kalau kau tak mahu cakap siapa punya kerja ni,aku tak nak paksa kau.Macam mana kau boleh kenal dengan Azif?"

"Terima kasih Sha sebab faham aku.Azif seorang makhluk Allah yang baik dan beriman aku bersyukur kerana dia menrima aku seadanya,Azif aku kenal selepas aku melahirkan Afiq,Azif yang telah membantu aku mencari pekerjaan dan dengan hasil pendapatan gaji aku dapat menyara hidup aku sekeluarga.Aku kenal dan berkawan,tetapi aku tak tahu yang dia ingin melamar aku menjadi suri hidup dia.Aku terasa amat gembira,tetapi bila aku menceritakan kisah silam aku,dia terkejut.Seminggu dia menghilang diri tahu,lepas itu aku pasrah yang dia tidak dapat menerima aku.Aku terkejut bila emak aku cakap ada orang pergi meminang aku,dan emak aku menerima kerana pinangan itu.Aku terkejut juga bila emak aku terima pinangan itu tanpa aku mengenali siapa yang meminang aku.Tak lama lepas itu aku dapat panggilan seorang insan dan dia adalah Azif,dia berterima kasih kerana menerima dia sebagai suami aku.Aku hanya mampu terdiam terkaku ketika itu..hahah..malu pun ada sebab marah emak aku kerana terima pinangan orang yang aku tak kenal.Rupa-rupanya.."tersenyum Yaya menceritakan kisah dia dengan Azif memalukan betul tuduh macam-macam dekat emaknya,mereka telah rancang ini semua.Azif menerima

"Rupa-rupanya dia adalah insan yang kau sayangkan?hahaha"Shafina sambung perkataan Yaya,sambil tergelak sweet pertemuan Yaya dan Azif.

“Haah kannn?tanpa aku sedar dia adalah insan yang tercipta untuk aku”Yaya tersenyum manis.”Dan aku harap Shah adalah tercipta untuk kau Sha,kalaulah kau tahu betapa lama Shah menanti kau,tentu kau akan menerima Shah kan.Aku harap kau menerima Shah,kerana dia adalah satu-satunya untuk kau,walaupun tidak sampai ke akhir hayat”kata hati Yaya,tanpa dia sedar dia telah menitiskan air mata.

“Hey,kenapa kau nangis ni?”soal Shafina pelik dengan sikap Yaya yang tetiba menitiskan air mata.

“Sha,kau ingat pesan aku ni tahu.”

“Pesan apa Yaya?”

“Kau jagalah suami kau seikhlas mungkin”

“Eyh?kenapa Ya?”

“Aku hanya berpesan pada kau yang masih mempunyai seorang suami,aku takut kau terlambat pula”

“Terlambat apanya?”bertambah pelik Shafina dengan perubahan Yaya

“Tak ada apa-apa,merapu saja aku kan?haha”Yaya cuba menceriakan dirinya untuk mengelakkan Shafina salah faham.

“Hurm…Macam-macamlah kau ni”sedang mereka leka berbual.Tetiba telefon bimbit Yaya berdering menandakan panggilan masuk,Yaya tersenyum kerana suaminya menelefon,supaya pulang awal.

“Sha aku kena balik dulu lah”

“Okey sayang.Nanti ada masa kita jumpa lagi ok?”

“Okey no hal dear”.Mereka menamatkan semua disitu dan mereka menuju ke arah yang ingin dituju.

****

  Shafina agak pelik dengan sikap Shahril yang sering sakit kepala apabila pulang ke rumah.Bila di tanya,katanya tidak ada apa-apa.Shafina juga mula perasan sejak akhir-akhir ini Shahril kurang menegur dia,kurang menyakat dia.Malah bila ditegur di marah oleh Shahril,Shafina terima dan hajatnya ingin menanyakan tentang pekerjaannya dibatalkan,takut nanti muka dia yang menjadi mangsa.Dengan layan itu kadang-kadang membuatkan Shafina menangis seorang diri di dalam tandas kerana takut diketahui oleh suaminya.

  Di dalam diri Shahril dipenuhi dengan rahsia tersirat,dia juga berpesan kepada papa dan mamanya supaya tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun tentang apa yang dia sedang alami,termasuk sahabat karibnya Yaya.Shahril dan Yaya tidak pernah putus persahabatan seperti Shafina,dan Shahril meminta supaya merahsiakan persahabatan yang mereka jalinkan tanpa pengetahuan Shafina.Sejak dengan perubahan perangai yang secara mendadak seakan-akan menakutkan Shafina,dia melakukan semua itu bersebab.

  Di tepi kolam renang rumah kediaman Shahril.Shafina berhenti seketika apabila terdengar perbualan Shahril,Datuk Shahlan dan Datin Shima.

“Shah,sampai bila Shah nak merahsiakan hal ini dari pengetahuan Fina?”Datin Shima risau dengan sikap rahsia anaknya itu.

“Ma,Shah belum bersedia nak beritahu Nana”Shafina dibalik tabir pintu mula merasa sesuatu yang tidak enak.

“Tapi,Shah papa rasa Fina patut juga tahu,dia isteri kau,yang layan dan jaga kau dengan baik dan rapi.Dulu kau bukan main suka,tapi sekarang sedikit salah Fina habisan kau tengking dia”

“Shah buat macam itu sebab Shah sayang dengan Nana,supaya jika Shah tiada di dunia ini dia akan mengingati Shah selalu..haha..”gurau Shahril.”apa maksud Shah supaya ingat dekat di selalu?kenapa dia cakap macam tu?kenapa Shah,apa dah jadi dengan awak?”monolog Shafina sendiri,kerana dia juga tidak mengetahui apa sebab sebenarnya yang mereka rahsiakan dari pengetahuan Shafina.

“Shah,papa tengok kat ofis kau selalu sakit kepala,loya-loya.Makin teruk sudah papa tengok sakit kamu,teruk dari dulu rasanya.Papa rasa ada baik kau pergi merawat”.saran Datuk Shahlan kepada anaknya kerana berkeras kali ini dia tak nak lagi melakukan rawatan.

“Paa,Shah tinggal kat hospital dulu bertahun-tahun,tak hilang juga kan sakit Shah ni?ini kanser Pa macam mana kita buat pun,Shah tetap juga akan mati”

“Shah!!”marah Mamanya takut akan kehilangan anaknya.Tanpa mereka sedar Shafina di balik tabir pintu cermin itu telah mendengar semua perbualan mereka,air mata Shafina menitis dan satu hempasan dari tangan Shafina telah mendiamkan perbualan mereka.Mereka menoleh serentak dan mereka ternampak Shafina seolah-olah tidak berdaya untuk berdiri lagi,Shafina layu di situ dan tangisan yang hanya keluar dari matanya.Shahril,Datuk Shahlan dan Datin Shima serentak pergi ke arah Shafina,mereka juga terkejut yang semua rahsia telah terbongkar tanpa mereka sedar.

“Nana,kenapa ni sayang?bangun nanti kena kaca tu,biar Kak Kiah bersihkan”tiada lagi patah kata yang kasar keluar dari mulut Shahril.Shafina yang masih menangis tidak dapat berkata apa.
Datin Shima seakan sedih bila melihat reaksi Shafina setelah melihat suaminya yang akan pergi.
Shahril memegang tangan isterinya supaya bangun,Shafina hanya menurut dan Shahril menarik tangan Shafina supaya mengikut dia.

“Abang kenapa abang tak cakap kat Nana yang abang sakit?”setelah sekian lama berdiam,Shafina beranikan diri untuk bersuara.Walaupun pertanyaan Shafina perlahan,Shahril dapat mendengar setiap patah perkataan yang terkeluar dari mulut isterinya.

“Abang takut untuk cakap kat sayang”

“Kenapa abang takut?takut Nana terluka,takut Nana menangis ke?”

“Bukan..Abang takut akan kehilangan sayang untuk kali yang kedua,abang tunggu sayang bertahun untuk nantikan saat ini”

“Kehilangan Nana?apa maksud abang?”tiada lagi kata nama ber’saya dan ber’awak dari mulut Shafina.

“Tidak ada apa-apa sayang,sayang ada luka kat mana-mana tak?”Shahril mencari-cari jika isterinya ada terluka ke.Shafina menarik tangannya tanda akan geram dengan sikap rahsia suaminya.

“Abang tolonglah cakap dengan Nana”sayu suara Shafina

“Nana,abang sebenarnya cinta dengan Nana semasa zaman sekolah lagi,kita pernah bersekolah sekali sayang.Tetapi,mungkin Nana tidak sedar dengan kehadiran abang,abang dapat bersekolah di situ hanya di tingkatan 4 kerana papa ada masalah dengan bisnesnya,tapi abang sempat berkenalan dengan Yaya kawan sayang,abang tahu setiap tentang Nana semua dari Yaya.Maafkan abang kerana merahsiakan hal ini,tolong jangan marah dekat Yaya”Shafina agak terkejut dengan penjelasan dari suaminya,”ini bermaksud Yaya tahulah semua ini?”soal hati Shafina.

“Okey Nana tak marah dengan Yaya,tapi kenapa abang rahsiakan hal ini?”

“Sebab abang sayang akan Nana,dan tidak mahu kehilangan Nana lagi.Nana tak tinggalkan abang kan kalau abang sakit?”soal Shahril seolah-olah takut akan kehilang Shafina.
Shafina mengeleng kepala tanda dia tidak akan pernah tinggalkan Shahril walaupun sedetik,dia berjanji akan menjaga Shahril.

“Terima kasih sayang,kerana menerima Abang”Shahril terbatuk-batuk dan kepalanya terasa amat sakit kepalanya,Shahril pengsan tanpa sedarkan diri.

“Abang,abang,abang!!”panggilan Shafina tidak mendapat sahutan

“Papaaaa,maaamaaaa!!”hanya airmata yang keluar dari mata Shafina takur dengan keadaan Shahril yang tiba-tiba pengsan.Datuk Shahlan dan Datin Shima bergesa-gesa ke arah menantunya.Datuk Shahlan dan Pak Mali bergesa memapah Shahril ke keretanya untuk dibawah ke hospital.

****
  Shafina menutup surah yasin yang baru disudahi membacanya.Shafina redha dengan permergian insan yang tersayang itu.Al-Fatihah untuk Muhammad Shahril kerana,suaminya tidak dapat diselamatkan kerana keadaan suaminya kritikal.Shafina bersujud di makam suaminya kerana belum sempat dia menjaga suaminya,tetapi suaminya telah pergi setelah menceritakan segalanya kepadanya dan Yaya juga menceritakan semua.Rupa-rupanya Shahril mula sedar akan sakit semasa dia belajar di luar negara tanpa sempat habis belajar dia sengaja pulang ke Malaysia untuk melamar dia menjadi suri hidupnya walaupun itu hanya sementara.Maafkan Shafina abang kerana pernah melukakan hati abang selama ini.



SEKADAR PERCUBAAN..MAAF JIKA ADA TERSALAH..:)
HAK MILIK:INTAN FAZLEEN

Monday, October 10, 2011

adakah





Adakah aku..
Yang yang sering menyakiti hati mu,
Aku tidak mengetahui dan tidak mengerti ketika itu,

Adakah aku..
Yang sering kali menyakiti hati mu,
Aku meminta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,
Aku tidak sedar akan setiap patah perkataan yang aku keluarkan,
Akan menyakitkan hatimu,

Adakah aku..
Yang selalu perlu mengalah dan dipersalahkan,
Itu kadang-kadang sesuatu yang tidak adil bagi
diri ku,
Tetapi jika benar salah aku,aku terima atas kesalahan
yang pernah aku lakukan terhadap mu,

Adakah ..
Kita sedar akan kita hanya manusia biasa yang
bisa sakit,gembira, dan sedih tanpa mengira waktu
dan masa,
Aku memohom maaf akan khilaf ku selama ini..

Friday, October 7, 2011

Pengorbanan seorang ibu


     Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yg di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yg akan datang nanti.

Aku yg bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yg patut memerhati kegagahan ibu yg sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.

Aku minta untuk membantu, "tak payah..." katanya, "biar ibu yg buat. nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan ibu nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yg baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati ibu ada rasa sedih dan sayu kerana ada anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya. tetapi langsung tidak ditunjukkan, malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut ibu kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. Bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yg semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yg digoreng mak untuk abang-abang dan kakak yg tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera. dan memang berselera semuanya. sukakan nasi goreng ibu. ibu tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya.

Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku, "ahhh ibu belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu..." seraya itu abang ku bertanya "siapa tak makan lagi nasi ni". Aku menjawab "ibu belum makan apa lagi tu".

Ibu dengan bersungguh menjawab, "Ehh ibu tak mau... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi..." dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku di dalam hati. "oohh... mungkin juga ibu nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya".

Bila semua dah pulang. aku lihat ibu terhinjut-hinjut ke dapur. lantas aku tanya "ibu nak apa... nak ambilkan". lantas dia berkata, "takpa ibu nak rasa ni sikit".

Sayu sedih dan terguris sungguh hatiku. bila kulihat ibu rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yg masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya... zaman sekarang pun masih ada ibu yg sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yg aku saksikan..


YA RABB
Engkau peliharalah Ibu. Ampunilah Dosanya, berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yg tak terhingga. AMIN....
 

https://www.facebook.com/himpunanceritasedih?sk=app_4949752878#!/himpunanceritasedih 
kat sini byk cte sedeh korang bole bce dan ambik iktbar

Tuesday, October 4, 2011

ITU





Itu..
Adalah sesuatu yang sering menjadi persoalan,
Apakah itu??
Adakah yang boleh menjawapnya??
Aku tak tahu..





Itu..
TANGISAN itu adakah masih bermakna jika sekali menitis,
KEGEMBIRAAN adakah selalu boleh membuatkan hilang rasa sakit,
KECEWA adakah selalu dapat merasaikannya,
tangisan dan kecewa jika boleh tak ingin merasainya,


Itu..
KEPURA-PURAAN seringkali ada dikala
rasa ingin menangis,kecewa dan sakit,
Untuk menuntup kesangsian daripada orang lain,
Kita lupa yang kita masih ada yang betul-betul memahami kita
iaitu pencipta kita,alam dan sekeliling kita..
Luahkan pada-Nya,
Hanya dia yang mampu membantu..


Itu..
JANGAN KECEWA,jika disakiti,kerna itu rasa pahit dan
tiada siapa ingin merasakannya,
Tetapi,kadang-kadang pasti kita akan merasainya,
 JANGAN MENANGIS,hanya kerna seseorang,menangislah kerna-Nya,
JANGAN PURA-PURA,dalam hidup
Kerana KECEWA,KEGEMBIRAAN DAN TANGISAN adalah satu
kelebihan kerna kita masih mempunyai sebuah perasaan dan hati,
dan merasai kepahitan dan kemanis HIDUP...



Sunday, October 2, 2011

kisah itu


Kisah itu,
Bagai berulang lagi,
Tapi kenapa?
Tidakkah cukup hanya sekali..

Kisah itu,
Tak mampu
Lagi untuk menanggungnya sekali lagi,
Tolong aku untuk melupakannya,
Hanya sekali ini permintaan aku,

Kisah itu,
Meningatkan aku kembali
Akan kisah yang pernah berlaku dahulu,
Aku mohon yang perkara itu tak akan berulang sekali lagi,
Hanya satu pinta aku,

Kisah itu,
Telah pun lama berlalu,
Ia membuatkan aku terasa tenang akannya,
Ia membuatkan aku terasa amat gembira,
Kerana dapat melupakan nya untuk semalanya,
Terima Kasih Untuk Segalanya…



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...