Pages

Monday, December 26, 2011

sesekali


 
Sesekali..
Aku termenung melihat awan, langit, cahaya matahari, bulan, bintang..
Hati ku berkata " Wah! indah sungguh keindahan alam "
Ia satu ciptaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata..
Kerana kata-kata kadang-kadang suka untuk menipu..

Sekali lagi..
Aku termenung melihat telahan anak kecil yang berlarian kegembiraan..
Sungguh aman rasa hati melihat senyuman dan gelak ketaw yang keluar dari mulut kecil mereka..
Kesucian anak kecil indah terlihat..

Untuk yang sekian kalinya..
Kenapa manusia tidak bole berhenti mengeluh?
Baikkah itu? 
Mengharapkan sesuatu bukan milik kita?
Sedarlah kita adalah milik kepada pen-cipta kita..
Jangan bersedih jika ia bukan milik kita..
Ada hikmah di sebalik kejadian..
Redha dengan ketentuan Ilahi.. 
Insya allah mungkin akan berjaya..

Dari Abul-Abbas Sahl bin Sa’d As-Sa’idi rodhiallohu ‘anhu dia berkata: 

Seorang laki-laki datang kepada Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, tunjukkan aku suatu amal, jika aku lakukan akau akan dicintai Alloh dan dicintai oleh manusia. “Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Zuhudlah terhadap dunia, niscaya dicintai Alloh dan zuhud lah terhadap apa yang dimiliki orang lain, niscaya mereka akan mencintaimu”

(Hadits hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan imam yang lainnya dengan sanad yang shahih)

Saturday, December 24, 2011

HIPONTESI = * TEKANAN DARAH RENDAH *






Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
 
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah
 
Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus
Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.
 
Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah.


 

 


Wednesday, December 7, 2011

Lagu lagu laguu !! ! !


hahaha...
dgr2..
^^^ *** ezAd ~ percintaan ini**** ^^^

^^^ *** Stereo Hearts Gym Class Heroes ft. Adam Levine *** ^^^

^^^ *** Mou Ichido - Dohzi-T Feat.Beni (english translation) *** ^^^

Monday, December 5, 2011

Selalu temani ku..



 

Oh bulan..
Dengarkanlah tangisan hati ku..
Hanya engkau tempat aku meniti kesedihan ini..
Kegelapan mu membuatkan aku keseorangan..
Temani aku untuk seketika ini..


Matahari..
Terima kasih kepada mu..
Kerna selalu menceriakan hari-hari ku..
Aku harap engkau akan terus menemani aku..
Tika aku gembira dan kesunyian..


 
Hujan..
Kau hadir ketika aku menitiskan air mata..
Kau yang selalu menghapuskan setiap titisan air mata ku..
Dengan air yang telah kau turunkan..
Hadir mu sering membuatkan aku terkenang dan sekali lagi menitiskan air mata..






Saturday, December 3, 2011

air mata dan hati




Hati...
Kadang-kadang boleh disakiti oleh seorang insan..
Hati..
Jua bisa menangis..
Dan membuatkan kita menitiskan air mata kerna hati 
dilukai..

Air Mata..
Kadang-kadang dapat menenangkan hati yang sedang sedih 
dilukai oleh seorang insan yang pernah memasuki hati ini..
Dengan setiap titisan dari air mata..
Keluar jua setitik demi setitik kesakitan yang melanda..


Menangis dan terus menangis..
Kerna hampa dengan kesakitan yang melanda..
Otak fikir mula merasuk..
Dengan kesakitan yang dilalu bisa membinasakan setiap insan..
Taksub akan cinta seorang manusia..
Bisa lagi membinasakan ...

Hati yang terluka bisa dijahit kembila..
Dengan hadirnya seorang insan yang bisa..
Mengembalikan kesakitan yang dilandai..
Terima Kasih ke atas insan itu..
Tetapi, tiada sesiapa bisa melawan takdir-Nya..
Hanya kepadanya kita bersujud..
Meminta kemaafan ..
Keampunan..
Kemuliaan..
Dan hidayah.. 
Bukakanlah pintu hati ku kepada-Nya..
Pencipta aku..
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...