Pages

Saturday, January 21, 2012

Sudi Tak Awak Menjadi Suami saya???



     “ Weyhhh !!!! Mat rempit !! Kau ambil buku nota aku ke?? Haaa??” bengang Hayati bila kena marah oleh Cikgu Bahasa Melayunya, kerana buku notanya hilang. Dan kerana itu, dia didenda berdiri di luar kelas sehingga kelas habis.

“ Amboi !! Cantik mulut kau panggil aku Mat rempit.. Abes kau tu apa? Minah basikal? Buang masa aku je nak ambik buku nota kau.. kau yang letak merata nak tuduh orang lain pula” balas Haris.

“ Aku bukan tuduh.. Tapi, kenyataan!! Weyh bak balik buku aku!!” kata Hayati separuh mengalah.

“ Eyh.. kau dah mengalah ea? Cam tu la.. Nah” kata Haris sambil memberikan kembali buku nota Hayati.

Bukkkkkkk !!

Terasa nak tercabut giginya bila terasa satu tumbukan terkena di mukanya.

“Ha ha ha.. sedap tak kena tumbukan aku? free gitu.. Tu la cari pasal lagi dengan Hayati” terasa puas hati Hayati bila dapat membalas balik kepada Haris kerana berani memgambil buku notanya. Semua rakan sekelasnya terpegun dan terkejut dengan tindakan Hayati.

“Bengang arh kau!! Sakit weyh!!” garang suara Haris memarahi Hayati.

“Tahu pun sakit!! Macam tu la aku rasa bila kena denda dengan Cikgu tadi!” kata Hayati sambil melangkah keluar dari kelasnya.

“ Weyh perempuan!! Aku belum settle lagi dengan kau!!” Marah Haris kerana ego lelakinya tercabar dengan tindakan selamber Hayati.

******

   “Argh!!!!!!!!!!!!!” tumbukan tangannya dihempaskan ke mejanya. ‘Tak guna punya perempuan berani dia tumbuk muka aku!!’ kata hati Haris, dia memegang pipinya yang masih sengal dan lebam. ‘Jagalah kau nanti, kita tengok apa yang terjadi esok’ monolog Haris lagi.

Puan Mariah mendengar seakan-akan ada sesuatu yang jatuh dan terus menuju ke arah bilik anak tunggalnya untuk melihat apa-apa yang terjadi terhadap anaknya.

Tukkk tukkk tukkk !!

“Haris buka pintu ni sayang” lembut suara Mariah memujuk anaknya supaya membuka pintu biliknya.

“ Ada apa ma?” tanya Haris.

“Bunyi apa yang kuat sangat sampai dari bawah mama dengar?” soal Puan Mariah.

“Tak ada apa-apa, kaca jatuh tadi” elak Haris.

“Betul ke ni?” pandang Puan Mariah dengan curiga dan senyuman tersirat.

“ Betul .. Dah la ma Haris nak tidur.. Esok nak kena bangun awal pergi sekolah”

“ Yela yela.. Nanti ada apa-apa, jangan sengan nak cerita kat mama pula”

“Hurm” balas Haris sambil menutup pintu biliknya kembali.

*****

    Hayati bagai dapat merasa pandangan tajam daripada Haris yang seolah-olah masih berdendam dengannya tentang kejadian kelmarin. ‘ Apa pula plan dia nak kenakan aku hari ni ea? Hadoi.. kenapa la mamat ni tak sudah-sudah nak kacau hidup aku’ Kata hati Hayati.

“Oitt .. Aya ! kau termenung apa tu? Ingat kat ketua kelas kita ke?” gurau Arini.

“ Pleasee la aku tak ada masa nak ingat-ingat kat mamat mengong macam tu.. Waste my time la der” balas 
Hayati dengan sinis.

“ Cakap la macam tu, nanti jadi laki kau baru kau tahu tinggi ke rendah langit ni.. baru tahu nak mengesal masa tu..”

“ Alah! Macam tak ada lelaki lain je dalam dunia ni nak aku jatuh jiwang dengan dia pula.. Tak nak la aku !”

“ Ha Ha ha.. aku tengok kau dengan dia sesuai apa? Seorang naik basikal, seorang naik motor.. sama cantik sama kacak, bagaikan pinang dibelah dua.. cewahhhh …kelazzz youu..” kata Arini dengan nada yang agak gedik.

“ Malas aku nak layan kau… Senget semacam jek aku tengok.. tak kuasa I” balas Hayati seolah-olah mengikut watak Arini tadi.

“Ha ha ha.. tak sangka juga kawan aku boleh jadi gedik” kata Arini.

“ yeka ? hahaha.. amacam ada style tak?”

“Ada-ada.. nanti kau jadi pelakonlah.. tak pun model.. tentu cantik tahap gaban kau beb!!”

“Oitttt…apa yang menyebabkan kau berangan sampai ke situ pula ni? Aku nak jadi pembuat kek yang 
terhandal la..” kata Hayati dengan impiannya ingin menjadi Chef dalam pembuatan kek terhandal di Malaysia.

“ha ha ha.. ea? Aku ingat kau nak jadi model… Rupanya nak buka kedai bakeri sendiri nampaknya” balas Arini

“Tapi, jauh lagi perjalanan kita tau., nak sampai ke puncak gading bukan senang dengan zaman sekarang ni”

“Betul cakap kau tu, aku sokong seratus peratus”

“Hurm.. Lagi pon sekarang kita umur pun belum cukup.. PMR lagi dua tahun.. SPM lagi lima tahun.. Banyak yang masih kita kena lalui taw”

“ Tak apa.. Yang penting tu azam!!. Yeahh majulah untuk Negara!!”

“ Amboi kau yang bersungguh sangat ni kenapa?”

“Ha ha ha.. malu pula aku kau cakap macam tu kat aku.. Dah la weyh jom masuk kelas, law borak sampai esok tak abes..”

“Ok .. Jom” Hayati dan Arini berjalan melangkah ke kelasnya.

   Sedang Hayati dan Arini leka berjalan dan ingin membuka pintu kelasnya. Tetiba, terjatuh satu baldi tepung dan satu baldi air terjatuh tepat ke kepala Hayati, Arini yang berjalan mengekorinya nyaris juga terkena. Merah padan muka Hayati menahan marah dan malu kerana mukanya penuh di isi dengan tepung dan air. Rakan-rakannya tergelak melihat muka Hayati yang macam Pontianak. Cikgu Saini yang datang dari belakang Hayati terkejut dan pengsan melihat muka Hayati yang macam Pontianak itu.

******

Seminggu Kemudian..

     “ Aya pasti dengan keputusan yang Aya buat nih?” tanya Encik Halim, merupakan ayah kepada Hayati.

“Aya malu yah.. Disebabkan Aya Cikgu Aya pengsan, tu nasib baik bole diselamatkan. Seandainya Cikgu 
Saini tak ada, Aya tak mau digelar pembunuh” terang Hayati dengan sebak, rasa malu dan segannya dia bila 
 memasuki sekolah itu, kerana mukanya Cikgu Saini dikejarkan ke hospital kerana terkena serangan sakit jantung. Paling menyedihkan lagi, Cikgu Saini seolah-olah trauma untuk melihat wajahnya. Sejak peristiwa itu juga, dia tidak lagi bertegur dengan Haris.

“Tapi Aya, bukan salah Aya.. Hurm, kalau itulah keputusan Aya Ayah akan uruskan pertukaran sekolah Aya nanti ye nak?”

“Terima Kasih ye yah” secebis senyuman dihadiahkan kepada Encik Halim.

Encik Halim juga agak terkejut dengan keputusan anaknya ingin tukar sekolah, sedangkan sekolah yang anaknya belajar di sekolah berasrama penuh. Kerana pencapaian UPSRnya yang memuaskan lantas dimasukkan anak gadisnya ke sekolah itu. Walaupun sunyi, setelah kematian ibu Hayati, Encik Halim terima kerana anaknya jua perlu berdikari. Sekarang sekolah biasa anaknya ingin belajar, tapi dia senantiasa mendoakan terbaik kepada anaknya. Dia tidak menyalahkan sesiapa di atas keputusan anaknya itu.

*****

   “ Ris” panggil Amri.

“ Apa?” tanya Haris sepatah.

“ Kau tahu tak?” soal Amri balik.

“Tahu apa? Kucing kau nak kahwin da ka?”

“Hotakkk kau.. Amoi kau pindah sekolah”

“Amoi aku? Yang mana der?”

“ Tahu la kau ramai amoi.. ni yang teristimewa giler bagi kau r” Amri masak sangat dengan perangai buaya kawannya itu. Walaupun, mereka belum cukup umur, tap Haris awek keliling pasu lah.

“ Siapa weyh?” soal Haris dengan agak serius.

“Kau hari-hari duk gaduh pon kau boleh lupe ea? Nampak bijak, rupanya nyanyok juga kau nih ea… Ha ha ha”

“ Jap aku nak ingat.. yang hari-hari gaduh ea?” berkerut dahi Haris memikirkan siapakah yang manusia yang di teka oleh kawannya itu. ‘ Takkanlah Aya?’

“ Pikir- pikir..ha ha ha.. Apa jenis ketua kelasla rakyat jelata kelas hilang tak tahu” perli Amri, Haris sememangnya ketua pada nama tapi, semua kerjanya diserahkan kepada Penolong Kelas, dan AJK-AJK je.

“Maksud kau ? Aya? Hayati ke?”

“Haaaa.. ingat pun.. yela tu”

“ Asal dia pindah weyh?” Tanya Haris dengan nada agak risau.

“ Tu aku tak tahu, mesti dia malu pasal Pontianak di siang hari tu kot” nak tergelak Amri melihat perubahan muka Haris, ‘tu la, dulu buli aje budak tu.. sekarang baru rasa menyesal’ monolog Amri.

“ Tak pasal tu dia nak pindah sekolah terus weyh!!” rasa bersalah mula merasuk diri Haris. ‘patutlah dah banyak hari dia tak mari sekolah’ kata hati Haris.

“Tu aku tak tahu, dan tak dapat nak komen apa-apa” jawap Amri sambil mengeleng.

“ Adoiya.. bile dia nak pindah?”

“Rasanya hari ini menurun kata Arini.. kalau kau nak tahu lebih lanjut pergi tanya Arini”

“ Arini ? dia ada kat mana ea?”

“ Kat tandas kot” jawap Amri selamber.

“Tandas?” Haris berjalan menuju kearah tanda perempuan.

“Weyh!! Kau nak pergi mana?” Tanya Amri balik

“Laaa.. tadi kau cakap Arini ada kat tandas, nak pergi sana la ni”

“Mangkuk tingkat juga kau ni ya.. Aku tak tahu kat mana Arini sekarang, tadi pon aku jumpa masa kat kantin sekolah” Amri dapat berjumpa dengan Arini tu pon atas alas an tertentu, Amri sememangnya jarang berbual dengan Arini walaupun satu kelas. Sebab Arini keras orangnya, tak macam Hayati agak lemah lembut, tapi hati keras macam tiang elektrik. Macam manalah Haris boleh tak naik geram dengan perangai selamber badak si Hayati tu. Katanya ‘ Aku tak suka tengok muke tak ada perasaan budak tu’.

“ Eyh pulak.. kau yang mangkut tingkat! Buat main-main pulak” Haris melangkah pergi tanpa menghiraukan Amri di belakangnya. ‘ aku mesti bercakap dengan Aya, masti !!’

“Harisssss !!! kau nak pergi mana?” Tanya Amri dari jauh.

“Aku nak jumpa Aya!!” kata muktamad Haris.

“Tapi, belum balik sekolah lagi weyh !!” Amri hanya memandang jauh pemergian Haris.

*****

      “Assalamualaikum” Haris memberi salam dari luar rumah Hayati. Berkali-kali Haris memberi salam sambil menekan loceng pintu yang disediakan namun tiada balasan, Haris mula pasrah.

    “ Adik cari siapa ya?” Tanya jiran sebelah rumah Hayati.

“Saya cari orang rumah nih” balas Haris

“ Oh.. mereka tak ada dekat rumah, pergi hantar anaknya ke sekolah tadi”

“Hurm.. agak-agak bila tuan rumah nih balik ye pakcik?”

“ Pakcik pon nak jangka susah juga, yang ada pon petang-petang si Halim tu aja ada” terang Pakcik jiran 
sebelah rumah Hayati.

“Oh.. macam tu.. terima kasih ya pakcik” Haris mengukirkan senyuman terhadap Pakcik tu.

“ Sama-sama..” balas Pakcik itu dengan secebis senyuman.

*****

 13 Tahun Kemudian…

      Hayati masih tidak dapat melupakan peristiwa yang memalukan dirinya ketika sekolah dahulu. Khabar berita Haris tidak mengetahui kemana menghilang, yang dia masih berhubung sehingga sekarang ialah Arini teman baiknya itu tidak pernah lekang dengan cerita pasal teman sekolahnya dahulu, tentang Amri yang kini telah menjadi suaminya sekarang, bila dengar cerita tentang Arini dengan Amri agak kelakar. Dulu macam anjing dengan kucing, tapi sekarang dah laki bini. Pasal Haris yang terakhir Hayati dengar dari Arini, Haris telah berpindah sekolah semasa tingkatan 3, keran mengikut keluarganya berpindah. Dan Amri pula cakap Haris sambung pelajarannya di negara oleh selepas SPM, selepas itu Amri sendiri tidak sudah jarang berhubung dengan Haris. Walaupun, Hayati tidak pernah menanyakan tentang Haris, Arini dan Amri tetap menceritakannya. Ayahnya pula pergi mengerjakan Haji dan Umrah. Impiannya ingin memiliki kedai bakeri tercapai, ini juga atas pertolongan ayahnya yang membantunya mengeluarkan model serba sedikit. ‘ Aku bersyukur kerana mempunyai ayah yang memahami, penyayang, dan bertanggungjawap. Kawan yang selalu menyokong aku dari belakang. Terima Kasih semua’ monolog Hayati sendirian.
Apabila Hayati ingin bangun. Tetiba, terlanggar seseorang yang didepannya.

“Maaf encik, saya tak sengaja” pinta Hayati.

“Tak apa .. tak apa, saya suka” kata lelaki di depannya. Hayati menjungkit keningnya dan dapat mengecam 
siapa yang berada di depannya sekarang.

“Fikri…” Kata Hayati sepatah.

“Aya..” balas Fikri dengan senyuman manis.

“ Macam mana awak boleh ada kat sini?” tanya Hayati.

“ Tadi, saya pergi kedai awak pekerja awak cakap, awak ada kat café ni.. Tu yang saya mari sini” terang 
Fikri.

“ Adoi.. kat agaknya saya boleh sorok supaya awak tak jumpa saya?” tanya Hayati. Fikri bukanya tak 
kacak, malah digelar Mr.Perfect oleh pekerjanya, kaya, kacak, agak up to date.Tetapi sayang, Fikri juga agak playboy dan suka menjanjikan janji yang indah untuk wanita yang mengharap akannya.

“ Hurm.. tempat je.. nak tahu tak?” tanya Fikri dengan muka suspen.

“ Kat mana????” soal Hayati balik.

“ Kat dalam hati saya” cakap Fikri sambil tangannya diletakkan ke dada.

“ Eceh.. tak boleh blah jawapan tu”

“ ha ha ha.. salahkah? Aya are you blushing?” tanya Fikri sepatah melihat muka Hayati kemerah-merahan.

“ Mana ada!!” elak Hayati. Kakinya melangkah keluar dari café dan menuju ke arah kedai bakerinya 
kembali.

“ Aya .. tunggulah dulu” kata Fikri sambil menahan Hayati dari meneruskan perjalanannya.

“ Malas nak layan awak!!” balas Hayati sambil meneruskan perjalannya lagi, Fikri mengekori Hayati dari belakang.

Setelah sampai di kedainya, hampir nak terjatuh Hayati kerana terlangar seorang yang keluar secara mengejut di depannya. Fikri dari belakang berjaya menyambut Hayati sebelum terjatuh ke lantai. Hayati bengang juga dengan manusia yang tidak pandai menghormati budaya.

“ Weyhhh!! Mangkuk pintu” laung Hayati. Pekerja Hayati yang berada di dalam agak terkejut dan melangkah ke pintu untuk drama yang bakal berlaku. Lelaki yang mendengar suara melaung seolah-olah memanggilnya, lantas dia melangkah dan menuju ke arah wanita yang telah seolah-olah menyeru namanya.

" Mangkuk pintu? mana kau belajar bahasa tu ea?" kata lelaki yang berkaca mata hitam itu.

" Suke hati aku la, aku belajar kat mana pun.. kau tu yang langgar orang tak reti nak minta maaf ke?" balas Hayati. Fikri masih menenangkan Hayati dari terus mengamuk.

" Oh okey.. maaf ya cik puan" kata lelaki itu lagi.

" Tahu pun berbudi bahasa ea? ingat da lupe" balas Hayati agak sinis.

" Maaf ye cik puan, saya masih tahu berbudi bahasa.. Tetapi cik puan tu perempuan, sepatutnya jaga budi bahasa sikit nanti makcik-makcik yang lalu-lalang tengok tak jadi nak ambil anda menjadi menantu, malah dikata ' perempuan macam tu boleh jadi anak hantu saja lah' " kata lelaki berkaca mata hitam itu, sambil menanggalkan berkaca hitamnya.

Hayati terdiam, dan terkejut melihat wajah lelaki di depan matanya seakan-akan dia mengenali wajah itu. Bukan sahaja mengenali, malah teramat kenal. Tiada perubahan pada wajah itu, masih lagi seperti dulu cuma, penampilannya agak berubah dan nampak lebih matang.

" Haris.. " kata Hayati sepatah.

" Hai.. Aya.. lama tak jumpa kau.. i miss u beb.. " kata Haris sambil mengukirkan senyuman yang manis. 

Hayati yang dari tadi berdiam-diam diri, melangkah untuk menjauhi kedua-dua lelaki di depannya itu. Haris pantas memegang lengan Hayati. Hayati tersentak dan menghadiahkan jelingan yang tajam kepada Haris. Haris sedar ketelanjuran akan kesalahannya itu lantas melepaskan pegangannya itu.

" Ops..sorry.. Haris tak nak kehilangan Aya sekali lagi" kata Haris dengan cukup romantik.

" Apa yang kau merapu niyh ?" balas Hayati. Fikri dari tadi yang berdiam diri, mula hilang sabar dan perlu masuk campur.

" Kau jangan nak bikin kacau kat sini der" kata Fikri.

" Apa bukti yang mengatakan aku bikin kacau kat sini?" balas Haris.

" Sebab Hayati ni bakal isteri aku!! " kata Fikri seakan-akan menguatkan suaranya.

" Bakal isteri kau? aku tak faham" balas Haris terkejut. Kerana mengikut kata Amri, Hayati masih belum berkahwin dan masih solo.

" Ye.. aku tak nak kau kacau Hayati lagi !!" amaran Fikri.

" Betul ke Aya? " tanya Haris untuk meminta kepastian.

" Betul " kata Hayati sepatah, sambil matanya tidak memandang wajah Haris.

Fikri tersenyum dengan jawapan Hayati. Haris yang mendengar jawapan Hayati agak kecewa dan melangkah pergi jauh dari Hayati, supaya kekasih hatinya itu tidak kecewa jika berada dengannya. Air mata lelaki tertitis jua, kerana insan yang dia sayangi pergi darinya untuk yang sekian kalinya, dan tak akan kembali lagi.

*****

     Fikri menghentikan keretanya sebuah tempat yang agak jauh dari pandangan orang ramai. Hayati yang dari tadi berdiam diri, tersedar apabila tangan kasar Fikri menyentuh pipinya. Hayati menjauhkan pipinya dari Fikri. Tangan Fikri tidak lagi meliar seperti tadi.

" Kenapa ni sayang? " tanya Fikri.

" Tak ada apa-apa " jawap Hayati, otak, hati dan fikirannya masih lagi pada Haris.

" I tahu, mesti you fikir dekat jantan tu kan? " kata Fikir sinis.

" You jangan nak mula Fik. I tak nak gaduh. Kenapa you berhenti kat sini? hantar i balik.. nanti ayah marah balik lambat!! " bebel Hayati.

" Tak ada apa.. tak lama lagikan kita nak kahwin.. i nak you jadi milik i sepenuhnya" sambil tangan kasar Fikri mula merayap ke tangan Hayati. Hayati cuba menepis, dan meronta-ronta meminta tolong, tapi sayang tiada siapa yang mendengar jeritannya itu.

" Aku tak nak kahwin dengan kau lah!! " marah Hayati sambil masih lagi melawan Fikri yang seolah-olah dirasuk syaitan.

" Tak !! kau akan jadi milik aku luar dan dalam !! " marah Fikri.

" Aku tak nakkkk !!! lepaskan aku !! " ronta Hayati dalam tangisan. Fikri tidak lagi menghiraukan rayuan 
Hayati, dan masih meliar akan tindakannya itu.

" Harisssss...!!!!!! " jerit Hayati.

Tetiba... cermin kereta Fikri dipecahkan dari luar. Fikri terkejut dan menghentikan segala tindakannya itu. Hayati masih lagi menangis dalam sedu, jaket dihulurkan kepada Hayati. Setelah lunyai Fikri dikerjakan oleh seorang lelaki.

" Terima Kasih encik " kata Hayati dan melihat wajah yang telah menolongnya itu.

" Haris... " kata Hayati lagi.

" Sama- sama .. lain kali hati-hati kalau nak bermain dengan buaya tembaga ni, lagipun aku bukan sentiasa ada dekat sisi kau " kata Haris, kata nama sudah ditukar. Dia kerap mengekori Hayati sejak akhir ni kerana bimbang dengan keselamatan  Hayati. Itu pun pinta ayah Hayati juga setelah kepulangannya pada minggu lepas. Pada mulanya, Haris pelik juga bagaimana Encik Halim boleh mengenalinya, kerana seingat dia pada kali terakhir berjumpa dengan ayah Hayati tiga belas tahun lepas. Bila ditanya, ayahnya akan mengatakan yang suatu hari nanti dia akan mengetahui dari mana ayah Hayati mengenalinya.

" Aya minta maaf.. Haris " kata Hayati dalam sedu.

" Sudahlah abaikan sahaja " kata Haris sambil melangkah dan membuka pintu keretanya di sebelah pemandu. 

" Masuklah.. kau tunggu apa lagi? nak tunggu mamat hero kau sedar ke?" perli Haris lagi. Hayati melangkah memasuki kereta Haris. Mereka hanya berdiam seribu bahasa, Haris menyanyi kecil sambil memandu.

" Haris..." panggil Hayati.

" Okey.. dah sampai rumah kau " kata Haris, tanpa Hayati sedar rupanya telah sampai ke rumahnya. Hayati nampak ayahnya menunggu dia pulang, kerana dia tidak pernah balik ke rumah selewat ini. Dia mesti pulang sebelum pukul sepuluh, kecuali ada sebab tertentu sahaja dibenarkan pulang lewat.

" Hariss.. aku nak minta maaf dengan kau" kata Hayati lagi masih belum melangkah keluar dari kereta Haris. Haris hanya berdiam diri. Hayati menanti balasan Haris namun hampa, Haris masih lagi berdiam diri. Hayati membuka pintu kereta Haris.

" Terima Kasih sebab hantar Aya balik Haris " kata Hayati kakinya ingin melangkah keluar.

" Kau ego Hayati, kau kenapa benci sangat dekat aku? apa kesalahan aku yang benar-benar meninggalkan kesan dekat kau? dulu masa kau masuk sekolah, aku ingin berkawan dengan kau. Tapi, kau sombong, aku tahu prinsip kau. Tapi, nak berkawan pun tak boleh ? " kini giliran Hayati pula terdiam. Dia bukan benci dekat Haris, tetapi ada sebab dia berbuat begitu.

" Kenapa kau diam? kenapa kau tak jawap soalan aku? jawaplah!! " tengking Haris tetiba dan mengejutkan Hayati dari bayangannya.

" Tak.. bukan macam tu " jawap Hayati terketar-ketar, takut juga dia bila dijerkah sebegitu. Ayahnya belum pernah tengking dia sebegitu.

   Encik Halim masih berada di kawasan rumahnya, dari luar dia dapat mendengar suara Haris yang agak meninggi. Dia dapat merasakan yang mereka perlukan ruang untuk berbincang, terbatal jua niatnya ingin melihat apa yang terjadi.terhadap anaknya. Pertemuan dia dengan Haris di tanah suci teramat bertuah, dan merasa yang Hayati boleh hidup dengan Haris. Tidak sangka juga yang Haris merupakan sukarelawan menyertai program menjaga keselamatan dan juga kesihatan jemaah di sana. Bila ditanya apakah pekerjaan sebenarnya, dikata doktor, kadang-kadang sukarelawan. Naik pening juga Encik Halim, bila ditanya Amri baru dia mengetahu kebenarannya, doktor adalah pekerjaannya, menjadi sukarelawan adalah niatnya dan hajat dia. Ya Allah, kurniaan Tuhan sungguh besar dan berkuasa. Bila mendengar cerita tentang keluarga Haris lebih menyedihkan, sungguh banyak dugaan yang ditanggung anak muda ini. Adakah anak gadisnya pernah mengerti? dapatkah Hayati menerima Haris seadanya. ' Harap ku Haris menceritakan kebenaran kepada Hayati, aku tak mahu Hayati terkejut dengan benda ini semua. Hayati sungguh sayang akan kamu Haris. ' kata hati Encik Halim sendirian.

" Habis kenapa?? jawap Hayati, aku nak mendengar dari mulut kau sendiri ! " kata Haris lagi.

" Haris.." panggil Hayati sepatah.

" Apa?" tanya Haris.

" Sudi tak awak menjadi suami saya di dunia dan akhirat? " tanya Hayati dengan perasaan menebal malu, dalam gelap cahaya lampu jalan tidak dapat mengambarkan betapa malunya Hayati. Haris?? . Pertanyaan Haris dibiarkan berlalu begitu sahaja, kerana dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjawapnya.
Hayati berpanggil ke arah pemandu dan...

" Ayahhhhhh.... " jerit Hayati.

Encik Halim dari dalam rumah keluar dengan melulu ingin melihat apa yang terjadi.

" Kenapa Aya?? " tanya Encik Halim.

" Haris pengsan.." jawap Hayati.

" Macam mana boleh jadi macam ni? Dah-dah bawa dia masuk " tanya Encik Halim sambil dia membawa keluar Haris dari kereta dan ingin menuju ke rumahnya.

" Okey .. jomm " balas Hayati sambil menolong ayahnya memapah Haris masuk ke rumahnya, pada mula Hayati teragak-agak untuk menolong Haris, kecemasan digagahkan diri jua menolong Haris. Pertanyaan ayahnya dibiarkan berlalu.

*****

Dua tahun kemudian...

    " Sayang berangan apa tu? jauh termenung naa.." usik Haris sambil duduk disisi isterinya, Muhammad Haris Hadi Hamidi sah menjadi suami Nur Hara Hayati Halim. Segala tentang keluarganya telah diceritakan kepada Hayati, pada mulanya Hayati terkejut juga. Namun, dia amat bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri, peneman hidup dan insan yang memahami dia seadanya.

" Mana berangan .. apa lah pakcik tua niy.. kacau je.. " balas Hayati tersenyum. Hayati bersyukur kerana dikurniakan suami yang sungguh menyedarkan dia dan bangun dari tidur yang direka sendiri.

" Pakcik-pakcik pun laki awak juga wahai Nur Hara Hayati binti Haji Halim .. panjang juga nama isteri abang ya.. Nanti anak kita mesti nama panjang juga kan.. ha ha ha " kata Haris sambil mengusap perut Hayati yang makin membesar itu.

" Whatever lah Encik Haris Hadi Hamidi.. tak mau nama anak panjang ni susah nak ingat " balas Hayati.

" Ha ha ha.. Haah kan.. kita letak nama Cik Siti Wan Kembang seorang, Penglima Hang Tuah seorang.. senang sikit nak ingat kot." usik Haris lagi.

" Tak mau la.. jangan nak perli pula. " balas Hayati dengan mencuka.

" Mana ada perli.. Alah-alah!.. jangan sensitif sangat Cik Puan Hayati " pujuk Haris.

" Huh.. malas layan Tuan Doktor ni " balas Hayati sambil melangkah masuk ke rumah.

" Haa.. jangan nak lari pula.. Tuan Doktor rumah nak daftar diri ni " cakap Haris, tugas dia adalah untuk mengawal kesihatan Hayati di rumah. Malah ke kedai juga Haris melarang Hayati pergi sehingga anaknya dilahirkan tidak lama lagi.

" Alamakkk!! cabutttt " balas Hayati sambil menjauhkan diri dari suaminya. Belum sempat Hayati nak lari, suaminya dahulu mendapatkan dia.

     Tanpa, Hayati sedar kehidupan Haris sungguh tragis juga selama tiga belas tahun Haris menanggungnya sendirian. Perniagaan keluarga Haris muflis, ayahnya pula meninggal dunia kerana berhutang dengan Ah Long, ibunya menjadi seorang yang murung dan dia hantarkan ke rumah sakit jiwa, kerana masalah mental. Pada mulanya Haris melarang, tetapi ketika itu dia masih di bawah umur. Haris sangguh untuk berhenti sekolah asalkan ibunya tidak dihantar ke sana. Rayuan Haris hampa kerana tidak di benarkan, Haris dibuang dari keluarga belah ayahnya kerana tidak mahu terlibat dengan Ah Long. Tetapi dalam diam juga nenek Haris banyak membantu dia melangsaikan segala hutang ayahnya, niat neneknya ingin Haris berjaya hingga ke menara gading diusahakan jua hati dan pertolongan neneknya dan Allah S.W.T . Kerana perkahwinan ayah dan ibu Haris tidak mendapat keizinan ibu bapa kedua-dua belah keluarga, kerana ibu, ayahnya menganggap ibu Haris ingin merampas harta keluarga ayah Haris. Neneknya mula sedar yang akan kebenaran itu, apabila anaknya pergi untuk selamanya. Di azamkan niat ingin menjaga dan menjayakan Haris ke menara gading, hartanya separuh dibagikan kepada Ah Long. Sekarang Haris telah berjaya, tetapi sayangnya nenek Haris tidak dapat melihat Haris menjadi orang yang berguna sekarang. Ibu Haris pula meninggalkan dia untuk selamanya, apabila meninggal dunia kerana ada pendarahan di otak. Haris sememangnya Haris anak tunggul dalam keluarganya, Haris adalah doktor Hayati untuk selamanya, dan terus membimbingnya ke arah yang benar dan diredhai. Insya Allah.

Tamat.

Sekian.

Jika ada kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan minta maaf dan komen jika ada apa-apa kesalahan lagi.. Terima Kasih kerana sudi membacanya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...