RAMAI menyangka bahawa  ego itu adalah sikap seorang lelaki. Ya, memang benar. Lelaki tidak  boleh dipisahkan dengan ungkapan ego itu sendiri.
Semacam sudah menjadi suatu perumpamaan yang seharusnya disematkan selama-lamanya!
Aduh, benarkah begitu? Apakah memang  lelaki dilahirkan dengan peribadi yang mementingkan diri sendiri? Egokah  saya sebagai seorang lelaki?
Sebelum membicarakan tentang keegoan ini.  Tahukah anda apakah itu definisi dan apa juga yang dikata ego? Macam  mana yang disebut-sebut ego itu?
 
 Mengikut  tafsiran daripada kaedah filosofi, ego itu boleh ditakrifkan sebagai  suatu keyakinan yang begitu mendalam oleh seseorang itu terhadap apa  yang diinginkan dalam hatinya sendiri. Menurut Kamus Dewan edisi keempat  pula, ego ini membawa maksud persepsi seseorang tentang harga dirinya  yang seterusnya mempengaruhi keyakinan diri sendiri.
Kalau ribut tidak, banjir pun tidak, kita  pula tidak tentu sebab hendak cakap si Dolah anak Pak Mamat itu ego  memanglah salah. Apa salahnya dia hanya berkeras demi menegakkan  prinsipnya sendiri.  Kekadang ego itu perlu untuk motivasi dalaman kita,  namun janganlah sampai berlebih-lebihan. Wanita paling tidak suka  lelaki yang terlalu ego? Benar bukan?
Namun kawan-kawan, kakak-kakak semua…  anda semua yang selalu cakap lelaki ini ego, anda yakin sangatkah yang  anda itu tidak ego? Lelaki saja ya yang harus diberi sepanduk ego?
Menurut kata orang tua-tua, lelaki ini  sering kali dikata ego kerana egonya itu selalunya tidak bertempat.  Kerap kali juga hanya untuk mementingkan diri sendiri. Tidakkah begitu  teman-temanku sekalian?
Ha, untuk kaum adik-adik wanita sekalian.  Anda sering kali terlepas daripada kalimah ego ini kerana  dikatakan(bukan saya yang kata ya) ego perempuan ini memang diperlukan.  Apa? Diperlukan?
Ya, kepada kaum lelaki semua diharapkan  jangan ada yang cepat sangat hendak melenting ya. Ini kenyataan. Bukan  saya pun yang cakap. Ego seorang wanita adalah amat diperlukan kerana  kebanyakan wanita ego demi untuk menjaga maruah dirinya. Dalam konteks  ini ego adalah amat perlu dalam menilai harga diri seorang kaum hawa  itu.
Jelasnya pun, kebanyakan wanita yang ego  ini tidak nampak sangat pada mata kasar. Kenapa ya? Ha, sebabnya mereka  ego itu tidak menyakitkan hati awak semua, abang-abang! Ego mereka hanya  untuk menjaga peribadi sendiri, jangan sampai dikata wanita murahan.  Tidakkah ego dalam hal ini amat diperlukan?
Jainal   : Hai, sorang aje. Tak takut ke? Meh la sini abang hantar pulang. Panas ni tengah hari jalan kaki. Jom!
Mira    : Eh, tak naklah aku naik motor buruk kau ni. Kalau Mercedes ke, BMW  ke, nak jugak aku tumpang… huh! (mendongak ke atas sambil berlalu pergi)
Ha, jangan teruk sangat ya egonya itu kakak-kakak semua. Kalau jual mahal sangat, takut-takut tidak terbeli nanti!
                                                               
copy dari: EZAIRY M.SALLIH