Pages

Wednesday, June 22, 2011

SIAPA CKP PEREMPUAN TAK EGO???

 
RAMAI menyangka bahawa ego itu adalah sikap seorang lelaki. Ya, memang benar. Lelaki tidak boleh dipisahkan dengan ungkapan ego itu sendiri.
Semacam sudah menjadi suatu perumpamaan yang seharusnya disematkan selama-lamanya!
Aduh, benarkah begitu? Apakah memang lelaki dilahirkan dengan peribadi yang mementingkan diri sendiri? Egokah saya sebagai seorang lelaki?
Sebelum membicarakan tentang keegoan ini. Tahukah anda apakah itu definisi dan apa juga yang dikata ego? Macam mana yang disebut-sebut ego itu?
Mengikut tafsiran daripada kaedah filosofi, ego itu boleh ditakrifkan sebagai suatu keyakinan yang begitu mendalam oleh seseorang itu terhadap apa yang diinginkan dalam hatinya sendiri. Menurut Kamus Dewan edisi keempat pula, ego ini membawa maksud persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya mempengaruhi keyakinan diri sendiri.
Kalau ribut tidak, banjir pun tidak, kita pula tidak tentu sebab hendak cakap si Dolah anak Pak Mamat itu ego memanglah salah. Apa salahnya dia hanya berkeras demi menegakkan prinsipnya sendiri.  Kekadang ego itu perlu untuk motivasi dalaman kita, namun janganlah sampai berlebih-lebihan. Wanita paling tidak suka lelaki yang terlalu ego? Benar bukan?
Namun kawan-kawan, kakak-kakak semua… anda semua yang selalu cakap lelaki ini ego, anda yakin sangatkah yang anda itu tidak ego? Lelaki saja ya yang harus diberi sepanduk ego?
Menurut kata orang tua-tua, lelaki ini sering kali dikata ego kerana egonya itu selalunya tidak bertempat. Kerap kali juga hanya untuk mementingkan diri sendiri. Tidakkah begitu teman-temanku sekalian?
Ha, untuk kaum adik-adik wanita sekalian. Anda sering kali terlepas daripada kalimah ego ini kerana dikatakan(bukan saya yang kata ya) ego perempuan ini memang diperlukan. Apa? Diperlukan?
Ya, kepada kaum lelaki semua diharapkan jangan ada yang cepat sangat hendak melenting ya. Ini kenyataan. Bukan saya pun yang cakap. Ego seorang wanita adalah amat diperlukan kerana kebanyakan wanita ego demi untuk menjaga maruah dirinya. Dalam konteks ini ego adalah amat perlu dalam menilai harga diri seorang kaum hawa itu.
Jelasnya pun, kebanyakan wanita yang ego ini tidak nampak sangat pada mata kasar. Kenapa ya? Ha, sebabnya mereka ego itu tidak menyakitkan hati awak semua, abang-abang! Ego mereka hanya untuk menjaga peribadi sendiri, jangan sampai dikata wanita murahan. Tidakkah ego dalam hal ini amat diperlukan?
Jainal   : Hai, sorang aje. Tak takut ke? Meh la sini abang hantar pulang. Panas ni tengah hari jalan kaki. Jom!
Mira   : Eh, tak naklah aku naik motor buruk kau ni. Kalau Mercedes ke, BMW ke, nak jugak aku tumpang… huh! (mendongak ke atas sambil berlalu pergi)
Ha, jangan teruk sangat ya egonya itu kakak-kakak semua. Kalau jual mahal sangat, takut-takut tidak terbeli nanti!

                                                              
copy dari: EZAIRY M.SALLIH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...