Pengorbanan seorang ibu
Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah
beraya di kampung mertua. Ibu yg di KL agak kesunyian, tetapi setelah
mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga
bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yg akan datang
nanti.
Aku yg bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yg
patut memerhati kegagahan ibu yg sememangnya aku tahu sakit dan bengkak
kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.
Aku minta untuk membantu, "tak payah..." katanya, "biar ibu yg buat.
nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih
dan sayu melihat kegagahan ibu nak juga sediakan nasi goreng untuk
anak-anaknya yg baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.
Aku
tahu disudut hati ibu ada rasa sedih dan sayu kerana ada anak lelakinya
tak beraya bersama di pagi raya. tetapi langsung tidak ditunjukkan,
malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut ibu kesana ke mari
mengambil bahan-bahan nasi goreng. Bukan main khusyuk dan bersungguh
cuba menyediakan juadah yg semampunya.
Bila semuanya dah sampai
aku mula hidangkan nasi yg digoreng mak untuk abang-abang dan kakak yg
tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera. dan memang
berselera semuanya. sukakan nasi goreng ibu. ibu tahu anak-anaknya
sukakan nasi goreng air tangannya.
Dalam tak sedar nasi dah
hampir habis. Terdetik dihatiku, "ahhh ibu belum makan apa-apa semenjak
pagi kerana sibuk sediakan nasi tu..." seraya itu abang ku bertanya
"siapa tak makan lagi nasi ni". Aku menjawab "ibu belum makan apa lagi
tu".
Ibu dengan bersungguh menjawab, "Ehh ibu tak mau... tak
lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi..." dua tiga kali kami
pelawa begitu juga jawabnya. Kataku di dalam hati. "oohh... mungkin juga
ibu nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya".
Bila semua dah pulang. aku lihat ibu terhinjut-hinjut ke dapur. lantas
aku tanya "ibu nak apa... nak ambilkan". lantas dia berkata, "takpa
ibu nak rasa ni sikit".
Sayu sedih dan terguris sungguh hatiku.
bila kulihat ibu rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yg
masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang
ibu pada anak-anaknya... zaman sekarang pun masih ada ibu yg sanggup
berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku
benar-benar kalah dengan apa yg aku saksikan..
YA RABB
Engkau peliharalah Ibu. Ampunilah Dosanya, berilah kekuatan pada
anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yg tak terhingga. AMIN....
kat sini byk cte sedeh korang bole bce dan ambik iktbar

2 comments:
Awan pun tersentuh baca cerita ini.
saboo wannn..coll
Post a Comment