Pages

Wednesday, May 25, 2011

APAKAH???

Siapakah aku pada mu??
Ya!!kau hanyalah penawar aku dikala aku sedih,
Kau hanya penawar aku dikala aku ditinggalkan,
Kau hanya penyembuh aku dikala aku disakiti.

Oh!begitukah pandangan kau terhadap aku?
Hanya penawar dan penyembuh luka mu dikala kekecewaan,
Aku tidak menduga begitu kecil aku dipandangan mata mu,
Aku tidak pernah terfikir aku begitu terpencil dihati mu.

Kau sememang tidak dapat menjangka,
Bawah kau hanya kekasih gelap aku,
Maafkan aku,aku lakukan kerna hati aku juga untuk kau,
Entah aku sendiri tidak mengtahui mana satu yang aku paling sayang.

Maafkan aku,aku tak mampu untuk kecewakan hati kau,
Kerna kau terlalu baik padaku,terlalu luruh padaku dan 
aku tidak mampu kecewakan kau,
Aku sungguh masih sayang kau,sebagai peneman aku,
Jika kita tidak ditakdirkan bersama,akan aku pergi jauh
meninggalkan kau,

Agar kau bahagia,
Bersama pilihan hati mu,
Bersama orang yang bisa memberikan kau sebuah
kasih sayang yang luruh dan suci,
Kerna aku tak mampu,aku bukanlah untuk mu.

Oh!begitukah pandangan kau selama ini?
Pernah kau fikirkan tentang perasaan aku?
Pernah kau fikirkan apa yang aku rasakan selama ini?
Pernahkah kau mendalami isi hati aku?

Tak pernahkan!!Jawap aku!!,
Jangan kau hanya berdiam,
Aku lakukan ini semua adalah kerelaan aku,
Bukan kerna kesian atau simpati,

Ye!aku mengakui,
Kadang-kadang aku sakit hati dengan layanan kau yang berbeza
terhadap aku,
Aku juga tahu bahawa aku bukan pertama 
dan yang terakhir dalam hidup kau,
Aku juga tahu kau bukan pertama dan terakhir 
dalam hidup aku.

Perjalanan kita masih panjang,
Aku harap kau mengerti dan melepaskan aku,
Walaupun aku tidak rela,walaupun kau sendiri tidak sanggup,
Maafkan aku,aku tidak mahu sakit dikemudian hari.
Pengakhiran kita adalah perpisah.


ehem3..law korang nk paham..kali ni aku letak kan dua watak,
sorg laki,sorang pompuan,yg kaler biru terang adla laki,yg kaler biru cerah da pompuan,
mybe,aku byk menyakitkan hati korang.aku bukn nk kutuk korang,aku hanya menaip dan,
menyatakan nye,hanya utk hiburkan hati,dan ilang kan buhsan,aku harap korang paham,maaf kan aku
jika ad terkasar bahse....   

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...