Wednesday, February 8, 2012

CINTA SI PINK



     " Piahhhhhh .. " Aku berpaling ke arah suara yang memanggil aku.

" Apa kau nak pinku ? " sapa aku kepada seorang manusia yang agak lembut perwatakannya, aku sendiri tak tahu macam mana dia boleh menjadi kawan aku, sedang orang lain mengejeknya, kerana perwatakan nya agak lembut. Nak kata kategori lelaki lembut atau pondan, tak juga sebab ada juga masa keluar suara "jantan" nya bila marah. Tapi, tak pernah nak elak dengan warna merah jambu.

" Alah Piah ! jangan panggil aku pinku, macam nama pinguin jek.. " Kata Faiz. Sambil duduk di bangku sebelah ku.

" Wakk luuu, ada aku kesah ?? pe kes der ? " tanya aku lagi.

" Assignment yang Puan Nisa suruh buat tu kau dah siap belum? " tanya Faiz dengan keningnya diangkat seakan-akan kening Ziana Zian.

" Alamakkkkk Pinky assignment mana satu weyh? aku lupe .. " kata aku sambil menepuk dahi kerana lupa akan satu assignment mana satu perlu aku siapkan.

" Ambikk kauu, wak lu la sangat dengan aku kan, assignment Puan Singa tu kau boleh lupe? masak la kau " kata Faiz sinis.

" Serius weyh, yang mana satu nih" serbu aku lagi.

" Haaaaaa, baru aku ingat.. yang kena wat rencana pasal keropok tu kan? " jawab aku sendiri, ' apa jenis kerjalah macam tu ' monolog aku sendiri.

" Ingat pon kau ingat dah lost memory card dah " cakap Faiz dengan gaya lembutnya.

" Ecehh, tengkorak hidup kau, aku dah siap masa Puan Nisa pesan ari tu lagi. Tu pasal eden lupo " balas ku lagi.

" Ohh, rupanya patutlah kau lupe. Dah siap awal. Nah ambik niyh, " kata Faiz sambil menghulurkan rocky kepada aku.

" Eyh, kenapa kau bagi aku niyh? " tanya aku sambil mengankat kening.

" Saje, kau kan kawan aku, yang setia kawan dengan aku walaupun, aku macam niyh. Ambik lah ikhlas ni dari hati yang suci lagi murni " cakap Faiz dengan gaya agak menjengkelkan, lembut yang amat dan dibuat muka simpati. 'Seolah-olah mengoda pulak aku pula ' monolog aku sendiri.

" Wakk luu suci lah sangat, nak termuntah aku. Ha ha ha, dah yang ni aku ambik, jom kita pi kantin makan- makan , minum- minum " kata aku sambil bangun dari kedudukan aku sekarang, Faiz juga turun bangun untuk mengikut aku. Tetapi, niat untuk mengikut aku minum terbuntut apabila, telefon bimbitnya berbunyi, wajah Faiz bertukar menjadi keruh. Dan dia meminta diri dulu kerana ada urusan penting katanya.
Aku hanya mengangguk tanda faham. Sepanjangan perjalanan Faiz, ada juga yang mengejeknya dan membunyikan nada seperti ingin mengorat perempuan.

*******

    " Sayang ku Safiah " sapa Aiman. ' What the... ? kenapalah mamat ni tak sudah- sudah kacau aku, naik menyampah aku doi ' kata aku sendiri. Niat aku nak makan terbatal seketika.

" Sayang, kenapa diam ni? ada masalah ke? ceritalah dekat Eman, mana tahu boleh tolong ke " tanya Aiman lagi, aku masih mendiamkan diri, malas nak layan!! .

" Alah.. tak bestlah macam ni, Eman seorang je cakap, berapa kilo emas dalam mulut Safiah ni? " kata Aiman lagi.

" Aku tak ada apa-apalah nak cakap dengan kau, dah lah pergi sana aku nak makan tak senang " balas aku dengan nada agak tajam, aku sememangnya tak suka dengan playboy dekat sekolah ni, menyampah !!

" Ayooo, bekeng nya Sayang Eman ni " cakap Aiman lagi, sambil bangkit dari tempat duduk disebelah aku.

" Okeylah sayanag, makan kenyang kenyang tau, nanti sakit pula kalau tak kenyang " kata Aiman Tangannya yang ingin merayap ke dagu ku dapat di tepis oleh aku. ' Nasib baik dah last sem, kalau tidak muka kau yang hensem, kacak tu aku selam dalam perigi buta jekk !! ' monolog aku sendiri.

" Weyhh jahhh, kau kenapa nih? muka bengang semacam jek " tanya Tasha, sambil duduk disebelah aku.

" Tu la mamat perasan perfect tu lah, naik benci aku tengok muke seposen dia tu, bengang doe " kata aku sambil makan dengan gelojoh, bila marah macam ni lah aku. Makan semakannya, orang nak cakap aku gemuk pon tak kesah pon.

" Ha ha ha, aku pelik sungguh apalah salah si Aiman tu pada kau sampai bengang nak mampus dengan dia. Kelakarlah jah oi " cakap Tasya pada aku.

" Aku benci dia!! full stop! malas aku nak cakap pasal dia, wat hilang mood jek " kata aku lagi.

" Oitttt, Nur Herna Sofiah Kamarul, jangan marah- marah nanti terpaut hati " Tasya cakap sambil dengan nada nyayian.

" Malas aku nak layan, study lebih bagus dari layan cintan cintun niyh " kata aku bagi menamatkan perbicaraan kami.

" Okey, baiklah tutup cerita pasal tu. Owh ya! mana kembar kau ea? " tanya Tasya lagi.

" Kembar aku? sapa doe? " tanya aku kembali.

" Alah Faiz tulah, tak kan dah lupa kot, tapi kan aku pelik sikit. Aku tak tahu samaada kau perasan ke tidak " cakap Tasya sambil buat muka seakan-akan memikirkan sesuatu.

" Owhh Pinky tu? dia pergi,entah aku pon tak tahu, dah banyak hari aku tak jumpa dia, yela kan last sem kan, semua sibuk. Apa yang pelik? " tanya aku kembali.

" Yela dalam, ramai- ramai ni kan, Aiman kan buaya dekat kolej ni tapi tak pernah pula perli atau mengejek buah hati pink kau pon kan? " tanya Tasya kembali.

" Tu la kan, aku malas nak fikir sebenarnya, banyak giler assignment ni, tak dapat nak fikir nih " kata ku. Aku perasan itu, agak pelik. Tapi, nak buat macam mana deh, tu hal peribadi Faiz dengan Aiman.

" Eyh jap, kau fikir bagai nak runtuh meja- meja ni asal doe? bukan ke kau dah banyak nak siap assignment, apa nak bimbang, tengok aku relax je, banyak giler lagi tak siap " cakap Tasya lagi.

" Ha ha ha.. aku sendiri tak tahu, tapi nak kena baiki juga yang aku buat sekarang ni, takut ada salah, aku tak nak baiki saat- saat akhir " kata ku , aku sememangnya agak cepat dalam membuat kerja kursus yang diberikan, takut tak siap je pon.

" Ye la tu Cik Safiah, aku pergi dulu ya, ada date sebelum start kelas nak jumpa abang sayang aku dulu " kata Tasya sambil bangun dari duduknya, dan tersenyum manja.

" Gegeh kau doe " kata ku sepatah, Tasya menjelirkan lidahnya.

**********

      " Piahhhhhhhhh "  terkejut aku bila ada yang jerit nama aku.

" Kauuu pinkkkkyyy kalau tak jerit sehari tak boleh ke? aku bukan pekak lagi doe " kata aku dengan nada agak marah, Faiz hanya senyum.

" Nah Incik Rocky untuk kau " kata Faiz, sambil menghulurkan biskut coklat berbalut keras pink itu pada aku.

" Kau ni, selalu sangat bagi Incik Rocky ni asal? " tanya ku.

" Sebab kau kan suka makan " jawap Faiz sepatah.

" Okey, Thanks ya dear " kata ku lagi dengan tersenyum manis.

" Cantik " kata Faiz dengan nada pelahan dan aku tidak dapat mengangkap apa yang terkeluar dari mulut Faiz.

" Apa kau cakap ? aku kurang dengar " tanya aku.

" Tak ada apa- apa. Aku cakap welcome je. Tadi cakap tak pekak, niyh tak dengar pula aku cakap" balas Faiz.

" Masak arh aku nak dengar, bising ni doe" kata aku.

" Ha ha ha.. tak apa, abaikan jek " kata putus Faiz.

" Bereh bos, jom join aku minum sat " ajak aku.

" Tak apalah weyh, aku busy kit, lain kali aku teman kau lagi ea " balas Faiz, pelik aku sejak bila Faiz pandai tolak ajakkan aku ea? ada benda tak kenalah dengan mamat pinky ni, sejak akhir-akhir nih, asyik menjauh jek dengan aku.

" Okey, no hal lah " balas aku sambil berjalan dahulu.

" Safiah.. " panggil Faiz dengan nada agak perlahan.

" Hurm ? " tanya aku.

" Sorry ea, tak dapat temankan kau " kata Faiz.

" Tak ada apa-apalah, wat cool je beb " balas aku dengan senyum.

" Terima Kasih jah " balas Faiz dengan nada agak mengedik.

*********

     " Ma.. " panggil aku.

" Ye ada apa? " balas ibuku, Puan Sofi.

" Ma nampak pelik tak dengan Faiz sekarang? " tanya aku sepatah.

" Apa yang peliknya sayang? " tanya mama sambil matanya masih menonton televisyen.

" Tak lah dia dah jarang datang rumah kan? kalau datang pon kejap-kejap jek " jawab aku.

" Mama ada perasan jugak, tu jugak mama nak tanya Angah. Angah ada gaduh dengan dia ke? " soal mama.

" Mana ada gaduh, kita orang okey je kot " Balas aku lagi.

" Alah! Ma Angah rindulah tu dengan buah hati dia tu, yela lama tak bermanja-manja.. ha ha ha " nyampuk Along, Sofia.

" Mana long, Angah pelik je, sebab dekat kojel pon kita orang jarang berjumpa sekarang " sahut ku lagi.

" Along lagi la tak tahu, kau orang kan selalu je berkepit 24jam, macam isi dengan kuku kaki nih haaa " balas Along dengan menujukkan kuku kakinya baru dipotong, kurang sopan betul!!.

" Along ni, kotor lah doe " kata ku dengan nada agak tinggi.

" Dah sudah jangan nak gaduh, mama ketuk kepala kau orang baru tau " marah mama.

" Niyh, apa yang bising sangat ni, sampai ke luar dengar " kata ayah, Encik Kamarul. Sambil duduk disebelah mama.

" Tak ada apa-apa, along ni haaa suka cari gaduh tol " kata aku selamber.

" Along ... " seru ayah.

" Apa pula along, angahlah. Duk kenang-kenangkan abang pink dia tu " kata Along.

" Mana ada yah! " elak aku.

" Angah ada masalah ke dengan dia? ce cite ce cite " kata ayah ayatnya dialek dalam movie Kak Limah Balik Kampung.

" Ayah jangan buat macam tu boleh tak? kelakarlah " kata aku lagi, perilaku semacam itu mengingatkan aku pada Faiz. Along dengan mama sudah ketawa berbahak-bahak mendengar lawak jenaka ayah. Sedang aku, tidak satu pun masuk ke dalam kepala, fikiran ku melayang-layang entah ke mana.

" Safiah.. " tetiba aku mendengar nama aku dipanggil.

" Ye ada apa? " tanya aku.

" Kenapa ni sayang keruh je muka mama tengok ? Ada benda tak kena ke? ceritalah dekat kita orang " tanya mama. Ayah dan Along hanya menganggukkan kepala.

" Tak ada apa-apalah ma, yah, long .. Angah naik atas tidur dulu ya, penat la " kata aku sambil meninggalkan tempat duduk aku.

Kepada Safiah ,

   Aku saja-saja je tulis kat keratas pink nih, nak suruh kau ingat aku selalu.
Ha ha ha.. Aku harap kau tak bosan dengan setiap kertas pembalut Incik Rocky, tempat aku tulis ni.
Setiap kali aku bagi kau sesuatu, akan aku titipkan setiap patah perkataan yang aku tuliskan.

Salam. Surat Pertama Aku, tunggu akan datang okey .. hehe .. :)

Setiap pembalut biskut coklat kegemarannya di kumpul didalam sebuah kotak kecil.
Kenapa dia tulis semua ni? yang bermain di fikiran aku sekarang.

Ni tak boleh jadi, aku kena tanya dia. Aku mengambil telefon bimbit di meja lampu dan menelefon nombor Faiz.

Teeetttt.. tetttt,.. teettttt... tiada balasan, setelah aku puas menelefon aku pasrah.

Aku mengambil beg galas yang aku di ambil untuk melihat ada kerja ke tidak. Tetiba, sebuah kotak kecil jatuh di kaki meja. Aku mengambil, terlupa pula yang Faiz ada bagi aku Incik Rocky.
Kenapa aku boleh terlupa pula dia bagi biskut ni.. Ayoooo.. Amnesia la kot.. ha ha ha..
Seperti biasa terdapat sekeping surat yang di kirimkan.

Kepada Safiah.

   Aku harap yang suatu hari nanti yang akan terus dapat titipkan surat nih, lagi pada kau.
Kerana suatu hari nanti yang akan tiba, mungkin aku tidak dapat lagi menuliskan surat ni lagi,
tidak dapat melihat senyuman manis di bibir kau, dan kau tidak dapat kacau aku lagi.
Ha ha ha.. entah apa yang aku merapu, aku sendiri tak sedar nih. Tapi, sudah takdir dan ketentuan Ilahi mati itu pasti.
Sekiranya aku pergi dahulu, maafkan segala khilaf aku .. Okey :)
Insya Allah panjang umur aku akan titipkan surat ni lagi untuk kau okey??

Assalam. Faris Faiz Mukmin.

Aku agak pelik dengan kiriman Faiz kali ni, kenapa ada nama dia kat belakang ea? Sebelum ni belum pernah dia tulis nama dia.  Faris Faiz kenapa kau misteri tiba-tiba ni.

*****

    " Safiah " aku disapa oleh Aiman. Aku tidak mengendahkan dan meneruskan perjalanan aku. Aku patut cari, Faiz sekarang, dah seminggu aku nampak dia, mana dia??
Tetiba, lengan baju kurung aku disentap.

" Safiah kenapa muka awak pucat nih? " sapa Aiman.

" Oh.. kau Eman, ada apa kau nih? tarik baju aku bagai " marah aku, mana tak pucat tetiba ada orang tarik aku macam ni.

" Kan takut kalau pegang makan penampat free pula, baik tarik tangan macam ni, tak sentuh kan?? " cakap Aiman selamber.

" Senget kau, ada apa nih? " tanya aku lagi, malas nak berdebat dengan kau sekarang!

" Nah .. " sambil tangan Aiman menghulurkan biskut coklat berbalut kertas pink, aku cam pembalut ini.

" Apa ni? " Tanya aku sepatah, tangan masih lagi teragak-agak untuk mengambilnya, mana Faiz? bukan dia ke yang patut bagi kat aku?

“ Faris yang bagi kat awak, eyh tak maksud saya Faiz “ terang Aiman.

“ Apa maksud kau ? “ aku masih belum mengambilnya.

“ Payahlah kau nih .. Ambik ni “ Aiman memegang tangan aku, dan meletakkan kotak kecil itu. Aku terdiam seribu bahasa dan terpaku, seperti kena pukau.

“ Maaf sebab saya pegang awak, susah sangat nak ambik pemberian kawan sendiri sangat. Saya pergi dulu ya, ada kelas.. Daaaa “ lambai Aiman sambil meninggalkan aku sendiri.

    Apabila sedar pemergian Aiman aku membuka pembalutnya dahulu. Tetapi, air mata aku mula menitis tanpa aku sedar, mana titipan yang selalu dia tulis buat aku? Kali ini aku benar-benar ingin tahu di mana Faiz. Aku perlu cari Aiman !!. Lari aku lari pergi ke kelas Aiman, nasib baik kelas aku abis awal hari ni.

Wajah Aiman menunjukkan reaksi terkejut kerana ternampak muka aku didepan kelas aku, Aiman terus berjalan tanpa menghiraukan aku dibelakang, ada benda yang dia sembunyikan ni !!.

“ Aimannnnn “ laung aku, makin pantas Aiman berjalan. Aku mengejarnya dari belakang.

“ Aiman Fakriii “ laung aku sekali lagi, tapi kali ni Aiman, Aiman berhentikan perjalanannya.

“ Kenapa awak lari dari saya? “ kali ni aku bahasakan diri “awak”  “ saya”.

“ Tak ada apa-apa, saya nak pergi lab kejap tadi, ada kerja belum settle “ elak Aiman.

“ Tapi, kenapa tuju ke arah toilet? “ sapa aku lagi.

“ Toilet? “ kening Aiman terangkat, dan aku naikkan jari telunjuk menunjukkan ke papan tanda “ Tandas “.

“ Owh. saya nak buang air kecil jap, kenapa awak nak ikut masuk ke? “ tanya Aiman selamber, aku tahu kau nak tutup malu kau doe, merah muka kau, aku cam lah toi.

“ Sudah jangan nak gurau badak kat sini. Saya nak tanya awak pasal ni “ sambil aku menunjukkan pembalut kertas merah jambu.

“ Ada apa pula dengan saya ? “ tanya Aiman sambil menunjukkan reaksi pelik.

“ Jangan nak mengelak dengan saya lah Aiman Fakri, cerita dekat saya .. Apa dah jadi dengan Faiz?? “ tanya aku dengan nada agak meninggi.

“ Saya mana tahu, dia pass benda tu, then, suruh saya bagi dekat awak. And I give you kan ? “ kata Aiman ringkas.

“ Awak jangan tipu, dengan saya. Sudah lama dia tak bagi saya biskut ni, tapi hari ni saya terimanya dari awak hari ni? kenapa bukan Faiz yang bagi ?? “ tanya aku lagi.

“ Entah “ jawap Aiman sepatah dan menruskan perjalannya tanpa menghiraukan aku. Kenapa Aiman asyik mengelak dari aku sekarang ni ? .

“ Aiman, tolonglah cakap dekat saya kenapa dengan Faiz? “ pintas aku.

“ Saya tak tahu !! “ jawap Aiman lagi, dengan mengeraskan setiap perkataannya.

“ Aiman .. “ panggil aku perlahan.

“ Macam ni lah, awak cuba call dia , mana tahu dapat “ kata Aiman untuk menenangkan aku.

“ Kalau saya dapat call dia, tak ada lah pula saya cari awak !! “ keras aku.

“ Adoi.. awak tunggu sini kejap “ kata Aiman sepatah sambil mengambil telefon bimbitnya untuk membuat panggilan. Dari jauh aku tengok sekejap-kejap melihat muka aku dan mengangguk. Aku sungguh tak mengerti pandang itu. Ada kerut di dahi Aiman.

" Awak ada kelas ke tidak ari ni ? " tanya Aiman.

" Tak, batal. " jawap aku.

" Betul ni ? " tanya Aiman lagi.

" Betullah , muka saya nampak menipu ke ? " tanya aku balik.

" Tak.. nampak cantik.. ha ha ha.. Saya sibuk sikit hari ni, esok saya bawak awak jumpa Faiz, kebetulan esok cuti kan " cakap Aiman.

" Awak bagi alamat tak boleh ke ? biar saya pergi sendiri " tanya aku.

" Tak.. no no no " jawap Aiman .

" Payahlah !! " kata aku lagi.

" Marahlah, esok saya tak bawak kan ! " amaran Aiman.

" Ye lah, saya tak marah. Tak nampak ke saya senyum ni " senyum aku. Tetiba, Aiman menaikkan telefon bimbitnya dan mengambil, wajah aku ketika tersenyum.

" Weyhhhh .. Apa ni snap muka ni !! " marah aku lagi. Geram doe !

" Jangan marah sayang, saya harap lesung pipit bawah bibir tu tak akan hilang suatu hari nanti okey ?? " cakap Aiman sambil meninggalkan aku sendiri. Aiman berpaling dan tangan aku yang digempal ditunjukkan kepadanya, senyuman yang terukir diwajahnya. Kacak juga budak ni, tapi, giler tinggi dari aku, aku takat bahu dia je pun. Macam Faiz juga, mereka berdua sama tinggi. Kalau Faiz tak pinky tentu sama kacak dengan Aiman.

*******

     Hari yang dinantikan telah tiba, tengahari Aiman mengambil aku dirumah. Dan kami menjemput dia makan dahulu sebelum pergi, seusai solat zuhur, aku dan Aiman bertolak. Dalam perjalanan aku tersenyum kerana tidak sabar nak jumpa dengan Faiz, giler rindu aku dengan dia tahap gaban. Dah 2tahun asyik berkepit, mesti pelik bila seorang hilang kan? . Aiman yang memandu kelihatan tenang sahaja ketika memandau. Aku terasa pelik kenapa Aiman berhenti dihadapan hospital ? .

" Kenapa awak berhenti kat sini ? " tanya aku.

" Mari ikut saya " Jawap Aiman, dan aku hanya mengikuti langkah Aiman.

Tetiba, dihadapan bilik wad persendirian aku lemah. Nama Faris Faiz Mukmin dipapan putih. Pantas aku menolak pintu bilik itu ingin melihat adakah itu main- main atau betul.
sangkaan aku meleset, wajah Faiz tersenyum manis pada aku, wajahnya pucat sangat - sangat. Ibu Faiz yang menemani disisinya.

" Piah.. " sapa Faiz sayu. Aku masih menahan air mata. Apa terjadi dengan kau ni ?? yang bermain difikiran aku sekarang.

" Faiz .. Kenapa dengan kau ? " tanya aku. Sakitnya kau Faiz wayar, yang bersambung ditangan kau. Bengkak, bukankah kau alah "takut" dengan jarum.

" Aku tak ada apa-apa .. " cakap Faiz, suaranya berubah, tidak lagi lembut seperti dahulu. Aiman hanya menyaksikan dari jauh.

" Cakap dengan aku Faiz, jangan tipu " desak aku. Faiz hanya mendiamkan diri.

" Makcik kenapa dengan Faiz ?? " desak aku pada ibu Faiz, Puan Anum. Sama seperti Faiz hanya berdiam diri.

" Tolonglah cakap dengan saya ... " rayu aku. Air mata aku mengalir tanpa di dagu, aku lihat pada mata Faiz berair, dan tidak lama lagi, akan pecah empangan itu.

" Maafkan aku . Safiah " kata Faiz sepatah.

" Kau amabik ni.. Baca bila aku sudah tiada nanti ok " tambah Faiz lagi, sambil menghulurkan sekeping surat. Aku mengambilnya dengan hati yang hiba dan redha.

" Aku tak lama hidup kat dunia ni, aku harap kau halalkan segala perilaku aku selama ini " kata Faiz lagi. Aku hanya menangguk.

" Kau sakit apa Faiz ? cakaplah dengan aku.. tolong .. " tanya aku dalam sedu.

" Aku sakit leukemia " jawap Faiz. Aku bagai lemah dan aku terduduk di situ. Faiz cuba bangun untuk mengangkat aku untuk bangkit, dia lemah. Aiman datang membantu aku untuk bangun. Aku berpegang kuat pada kaki katil. Dan Aiman masih lagi berdiri disisi aku.

" Kenapa kau tak cakap kat aku yang kau sakit selama ni ? " tanya aku lagi.

" Aku tak sampai hati, aku tak nak tengok senyum dan gelak kau hilang bila kau tahu aku sakit ni. Aku nak tengok kau senyum bila saat akhir nanti " terang Faiz.

" Kau tipu aku, tipu .. " marah aku. Aku bagai seorang yang hilang akal. Meraung- raung.

" Safiah bertenang " Kata Faiz perlahan, sungguh dia tak termampu untuk menolong aku.

" Bertenang Safiah.. " tambah Aiman, sambil tangannya memegang bahu ku untuk bertenang. Bertambah kuat aku meraung.

" Penipuuuu, kamu semua tipuuuuuu " laung aku.

Panggggggg...

Pipi aku terasa hangat tetiba, Faiz dan Puan Anum terkejut . Aiman menampar aku, aku terdiam dan air mata aku mengalir lagi.

" Maafkan aku Safiah " kata Aiman.

Panggggg..

Tangan aku seolah-olah melayang dan tepat terkena pipi Aiman. Sekali lagi, Faiz dan Puan Anum terkejut, dan tidak menyangka akan menonton drama melayu terakhir disini.

" Maafkan aku Eman " pohon aku, aku betul -betul tidak dapat mengawal tadi.

" Tak ada apa " jawap Aiman sepatah dan meninggalkan aku sendiri dengan Faiz, Puan Anum pergi bersolat sambil membeli makanan.

********

    Sudah seminggu aku ulang alik dari kojel ke hospital, untuk menjaga Faiz, aku sendiri yang menawarkan diri untuk menjaga Faiz. Aku sentiasa menunjuk wajah yang gembira bila berjmpa dengan Faiz, sesungguh aku tidak mampu untuk memandu sendiri dalam keadaan yang melemahkan ini. Dari itu, Aiman sanggup menolong aku menghantar pergi, balik dari kolej ke hospital dan balik ke rumah. Dan setiap hari jugalah kami membaca Al- Quran dan Yassin, kadang-kadang keluarga Faiz untuk melakukannya dan termasuk Aiman. Aku masih belum buka, dan masih belum tahu apa yang tersirat di surat itu.

Tetapi, hari aku pelik kerana wajah Faiz sudah banyak berubah. Aku menjaganya dengan tenang. Supaya Faiz tidak terasa ragu- ragu, Faiz meminta untuk aku tersenyum dan aku lakukannya, dan Faiz membalasnya. Ada ketenangan di wajah itu.

*****

Kepada Nur Herna Safiah,

     Maafkan Faiz jika ini, adalah surat terakhir dari Faiz. Seikhlas hari Faiz katakan disini yang Faiz sayang dan cintakan kerana Allah sepenuh hati Faiz, pada mulanya Faiz ingin meminang Safiah apabila kita tamat belajar nanti. Tetapi, terlambat kan ?? sebab Faiz sendiri tidak mengetahui yang penyakit yang pernah Faiz dihidap dahulu datang kembali, dan kali ini membawa Faiz bersamanya.
Seandainya bisa, akan aku titipkan setiap kata, patah dan tulisan ku pada mu. Namun, semuanya musnah sekelip mata tanpa kita sedar sedikit pon, Ku harap kau redha dengan pemergian aku kali ini. Jika berjodoh, akan aku nantikan engkau di atas sana.Ku harap engkau tidak menitiskan setitik air mata, bila engkau membacanya, kerana senyuman engkau amat bermakna bagi aku buat selamanya.

   Maafkan aku jua kerana mencintai engkau tanpa pengetahuan engkau, kerana aku takut engkau akan menjauhi dari hidup aku. Untuk pengetahuan mu jua sayang, Faris Faiz dan Aiman Fakir adalah adik- beradik tiri, seibu. Tetapi, berlain bapa, Ibu kahwin dengan bapa Amir setelah 2 tahun pemergian bapa Faiz. Amir adalah abang Faiz, kerana bapa Amir pernah mempunyai seorang anak dengan ibunya yang terdahulu.

    Aku bukanlah anak emak dan dalam tergolong dalam golongan lelaki lembut. Tetapi, aku hanya melakonkan adakah engkau akan menerima aku jika aku bukanlah lelaki yang diluar sana.
Ye merah jambu warna kegemaran aku, ros putih bunga kegemaran aku. Kita berbeza, ungu adalah warna kegemaran mu, bunga tulip adalah bunga kegemaran mu. Tapi, kita suka akan biskut coklat Rocky.

    Sayang Safiah, terimalah Aiman Fakri di dalam hidup mu sayang. Kerana dia amat mencintai mu, dari dahulu sampai sekarang, aku terpaksa merahsiakan jua hal ini. Kerana aku takut engkau akan pergi pada Aiman setelah engkau mengetahuinya, aku juga dapat membaca bahawa engkua jua turut rasa begitukan ? Engkau sayang akan Aiman tapi malu untuk mengaku kerana ego engkau. Pemergian ku , mungkin menentu Nur Herna Safiah adalah untuk Aiman Fakir dan bukan untuk Faris Faiz.

  Sayangku, kenanglah daku dalam doa mu sehingga ke hujung perjuangan mu sayang. Dan cuba untuk menerima Aiman kerana dia bukanlah seperti mana engkau anggapkan, dia adalah lelaki baik dan ku anggap dia adalah sesuai untuk mu. Tetapi, hanya aku mendoakannya, hanya Allah yang dapat menentukan jodoh kamu sayang.

Sekian,

Yang sayang kamu selalu,
Faris FaizMukmin...

Insya allah sayangku Faris Faiz aku jua menyayangimu hingga ke akhirnya walaupun, kita tidak dapat untuk bersatu. Akan ku cuba untuk menerima Aiman Fakri dalam hidup ku. Anggapan mu benar sayang, aku sememangnya pernah suka akan Aiman, tetapi setelah kehadiran mu banyak mengubah aku untuk menerima mu menjadi teman aku. Aku redha dengan pemergian mu sayang, insya Allah doa ku akan sentiasa menemani mu sepanjang kamu di sana.

Maaf Jika Ada Kesalahan..
Minta Tunjuk Ajar..
Sekian..
Terima kasih sebab bagi waktu singgah sini.. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...